Thursday, July 31, 2008

PERJALANAN DIRI

kredit:
http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=18191&start=400&postdays=0&postorder=asc&highlight=

Ini adalah versi ringkasan yang belum diedit sepenuhnya. Masih bercampur topiknya. Kemudian saya akan edit.

Dari mana diri itu berjalan dan ke mana ia pergi?

Bagi diri yg 'bermasalah', perjalanannya bermula dari 'tanah halal', yakni, bukan tanah haram, menuju ia ke tanah haram.

Bagi yg tidak bermasalah, perlu diketahui di mana diri itu berada kini di tanah haram.

Bagi diri yg bermasalah, adalah tanggungjawab guru utk membimbing anak muridnya 'keluar dari tanah halal' dan menuju ke tanah haram. T/jawab murid adalah taat dan laksanakan kerja2 yg diberi oleh mursyidnya.

Bagi diri yg tidak bermasalah, perlu ia ketahui di mana ia berada. Adakah ia di 'padang Arafah' dan menghadapi 1001 masalah di Padang Arafah, @ sudah sampai ke Tanah Haram, atau sudah berada ia di depan pintu Masjidil Haram, @ sudah ia masuk dlm masjidil haram @ sudah menuruni tangga menuju ke kawasan tawaf, atau ia sudah berhadapan dgn pintu Baitullah @ sudah duduk ia di hadapan pintu Baitullah.

Bagi setiap dari kita, matlamat pertama adalah membebaskan diri dari tanah halal dan menuju ke tanah haram dan sehingga sampai ke depan pintu baitullah. Duduklah kita di depan pintu Baitullah, menghadapi 1001 ujian besar, 'bertaraf wali saghir/kecik'--> bukan kewalian yg kita tuntut; menunggu rahmat dan keredhaan Allah Taala.

Kenapa harus sampai ke Padang Arafah dahulu bagi yg banyak masalah ni???

Bagi budak2, depa dok kat lingkungan kawasan tawaf saja. Kita ibu-bapalah yg membimbing dan mendidik depa agar jgn pi tempat lain, tapi dok menunggu depan pintu Baitullah sampai terbuka pintu RAHMAT-NYA dan dipersilakan masuk..Dek kurang bimbingan kita, semakin meningkat usia mereka, tertolak ke belakang anak kita sikit2, terkeluaq dr masjid, dari Tanah haram ke padang Arafah dan akhirnya dok kat tanah halal.

Bagi budak2 yg 'pergi awal', antara tempatnya adalah di Taman Raudhah, sebelah Maqam Nabi SAW. Zahir kawasan tu memang tak luas, tapi batinnya Allah lebih mengetahui. Kalau dok kat situ, diizinkan Allah, nampak ramai budak2 kat situ..Kekadang bukan apa kalau bab budak/anak2 ni, dengaq depa ketawa pun dah boleh mententeramkan dan menenangkan hati kita dek bersihnya depa.

Berhijrah dari tanah halal ke Padang Arafah adalah hijrah yg pertama bagi kita yg dah 'terkeluaq dr tanah yg haram' apabila baligh, lama lepas baligh. Kenapa Padang Arafah???? Adam AS turun kat SriLanka, Siti HAwa RA kat Jeddah. Dlm kitab banyak versi berapa lama depa tak berjumpa. Dengan rahmat Allah taala, bertemu semula mereka di Padang Arafah, khususnya di jabal rahmah, bukit yg penuh rahmat. Kalau gi umrah/haji, jgn lupa 'berdoa' di puncak Jabal Rahmah, ada kelebihan tersendiri tempat tu walau tak sama macam dlm masjidil Haram.

Bagi si salik, membebaskan diri dr tanah halal ke tanah haram, yakni padang Arafah yg pertamanya, adalah suatu usaha yg susah. Di sini peranan guru mursyid/khalifah yg ditugaskan utk membantu; apa yang kenal amal, berapa banyak dll, ikut perjalanan tariqat masing2. Ringkasnya nak kena banyak bertaubat sbgmana taubat NA Adam AS dlm Al-Quran 'robbana zolamna...khosirin'.

Buat apa di Padang Arafah???

Pada hakikatnya, siapa yg dah sampai Padang Arafah, dah Adam, yakni Khalifah Allah, dah boleh pakai sifat Maani. Bila boleh pakai sifat Maani, insya-Allah dah boleh bantu si salik yg lain hal2 berkaitan alam malakut rendah spt berdepan dgn jin dll. Camna nak pakai sifat Ma'ani? Ikut jalan/tariqat masing2. Umumnya, mereka yg dah sampai Padang Arafah ni di nafsu Mulhamah/Mutmainnah. Kalau di nafsu Mulhamah, maksudnya belum mantap spt Mutmainnnah, boleh masuk semula ke Tanah Halal. Insya-Allah kalau di awal nafsu Mutmainnah, moga2 mantap dan boleh terus berjalan, lulus ujian dlm maqam Mutmainnah dan boleh maintain di Mutmainnah.

Tugas dan t/jawab si mursyid memantau akan perjalanan dan perkembangan si salik di Padang Arafah supaya si salik terus maju dan berhijrah ke tanah haram. Di sinilah banyak masalahnya.

Apa masalahnya? Antaranya masalah saka, baka, pusaka, puaka. Yg ni cukup susah dan rumit. Yg ni ikut jalan masing2 macam mana si mursyid nak bantu. Nabi SAW lain sikitlah, diIslamkan Baginda saka/qarin Baginda. Kunci pada membebaskan diri pada masalah saka, baka, pusaka, puaka ni adalah iman dan tauhid si salik pada Allah Taala..Nak kena yakin DIA yang berkuasa atas segalanya..Tidak memberi bekas yg lain melainkan dengan izinNYA. nak kena beramal bersungguh2, tak ada jalan mudah, pintas.

Lagi, apa masalahnya? Riba dan dosa yg senagkatan dengannya...besaq dosa riba ni.. walau diri dah bertaubat, dah mula masuk padang Arafah, dgn dosa riba dan sedang bergelumang dosa riba, susan nak berjalan. jadi contohnya kalaulah pakai produk kewangan bukan Islam (bank, insurans, ah long, pajak gadai), nak kena tukaq pakai yg islam. Wajib cari jalan utk selesaikan kerana alternatif sudah ada.

Apa lagi? 'Tengok keadaan diri si salik'. Ke mana ditujunya? Betul tak ke tanah haram. maksudnya diperbetulkan perjalanan di salik agar menuju ke tanah haram, jgn dok perati benda lain. Maksudnya si mursyid membetulkan niat, arah dan tujuan beramal, jgn dok sibuk sangat hal lain, berusaha ikhlaskan diri kerana Allah Taala.

Tengok kat 'kaki si salik'. Ada ke benda yg diheretnya? Apa yg diheretnya? Kenapa diheret benda ni? kalau ditanya si mursyid pada si salik, jangan sembunyi atau bohong pulak, berterus-terang dan bercakap benar, kalau idak, bagaimana si guru mahu membantu.

Tengok 'tangan si salik'. Apa barang yg dipegang @ digenggamnya? Ini sebenarnya kehendak diri. Jgn bawa apa2.. nak kena buang benda tuuu...sekali lagi, kalau ditanya si mursyid pada si salik, jangan sembunyi atau bohong pulak, berterus-terang dan bercakap benar, kalau idak, bagaimana si guru mahu membantu.

Tengok 'di belakangnya' pula. Ada tak beban yg dibawa si salik? Ini pada hakikatnya tanggungjawab...Banyak ke sikit? Nak kena periksa kehidupan zahir, ada lagi ke t/jawab2 yg tak selesai? Utk diri sendiri, suami/isteri, anak2, ibu-bapa dll. sekali lagi, kalau ditanya si mursyid pada si salik, jangan sembunyi atau bohong pulak, berterus-terang dan bercakap benar, kalau idak, bagaimana si guru mahu membantu.

Tengok 'atas kepala' pula. Ni hakikatnya amanah Allah Taala...kerja2 ibadat yg khusus spt dlm Rukun Islam.

Inilah benda2 yg popular yg membebankan, memberatkan, menyusahkan si salik berjalan menuju Tuhannya. Yg lain2 tu kes khas, macam2 lah.

Apa 'booster' kat padang Arafah nak pindah ke Tanah Haram??? Banyakkan taubat,maksudnya diperbanyakkan istighfar, mendirikan solat sunat Taubat, mendirikan solat hajat mohon sifat pengampun Allah Taala. Amat baik kalau boleh buat sunat Taubat khusus utk dosa dan kesalahan anggota tubuh yg khusus. maksudnya sunat taubat yg ini utk kesalahan kaki contohnya, buatlah sampai yakin dosa kaki dihapuskan. masa nak beramal pun penting. dah dekat musim haji ni, gunakan kesempatan 11, 12 13 Zulhijjah utk banyakkan aktiviti taubat...Ada juga kelebihan 3 hari tasyrik tu dgn hari2 lain dr segi rahmat dan sifat pengampun Allah Taala...wallahu'alam.
Di tanah halal, syaitan2 yg cemburu terdiri dari pangkat prebet hingga ke leftenan muda. Godaan memang kuat dan kalau syaitan pangkat rendah sahaja kita dah tergoda...hmmmm...hanyut.....
Kata Guru saya, "Waspada kepada 3 TA. HarTA, TahTA dan WaniTA."
3TA ini bisa menjerumuskan kita ke alam binatang buas.

Diizinkan lepas dari itu....ke padang Arafah.
Di padang Arafah, syaitan2 berpangkat full leftenan hingga ke mejar. Syaitan2 yg lebih power sikit. Lagi kuat dan padunya godaan. Godaan itu masih merangkumi 3TA. Style jer yang lain sikit. Lebih kepada menerbitkan was-was.

Diizinkan lepas dari itu...ke tanah haram.
Di sini, syaitan2 berpangkat leftenan kolonal ke brigedier jeneral di utuskan. Godaan lebih power. Dulu was2 kepada 3TA. Kat sini, tterus tembak iman. Tak leh pada perdu iman, depa dok goyang pada perkara2 cabang. Tak leh nak rosakkan iman, depa cuba goyahkan. Kat sini banyak tipu-daya. Kengkadang kita dok tengok satu perkara itu tak lari syariat tapi dek depa goyah, kita tolak syariat dan dok ngaku hakikat jer yang betui. Kat sinilah selalunya org dok kata tak yah solat la, tak yah puasa la dan macam2 lagi.
Jika tak hati2...pushhhhhh....balik tanah halal. Lagi teruk lagi kita dok tak tau dah turun pangkat, masih dok ingat2 kita still kat tanah haram.
Tak sedaq2 diri, lansung sesat.......

Diizinkan lepas dari itu...sampai depan Baitullah...
Syaitan2 pangkat general-meral sampai kat kita. Depa tu CIA trained, Mossad trained, SAS trained dan macam2 kursus dan macam2 training depa dapat dari si iblis selaku Panglima Angkatan depa.
Depa dok tipu, dok muslihat, dok goda perdu iman. Mulalah kita nak ngaku kita nie tuhan la, nabi lah, wali lah. Kita jer yang betui, orang lain dok salah jer dan macam2 lagi.
Tak tahan goda, terpesona dgn tipu daya...tup2...iman hancuhhhh...
..kafir terus....

Kalimah "Laailaha illallah, Muhammadarrasulullah" antara lain adalah kalimah isytihar perang pada iblis dan kuncu2nya.
Ucapkanlah wahai sahabat2, isytiharkan perang....fisabilillah..lillahi ta'ala.
Perang ke atas iblis dan kuncu2nya...perangi mereka..!!!!

Nak perang dgn syaitan nie mudah jer.....kuncinya IKHLAS.....senjatanya REDHA...muslihatnya bersangkat baik dgn Maha Pencipta.
Kena pegang dan paham betui2 maksudnya "...lillahi ta'ala".
Paham IKHLAS, paham la jugak REDHA.
Paham REDHA, timbul sangkaan baik pada Allah SWT.

Firman Allah.

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam 6 masa. ( Al Hadid)


Langit dan bumi merangkumi Insan dan segala yang ada di alam ini..


Kita datang dari Allah ke dunia ini dalam 6 masa.

Untuk balik menuju Allah kita mesti melalui 6 masa itu.

Itulah perjalanan diri.

Walaupun kita mempunyai jalan-jalan yang berlainan kita tetap menempuh 6 masa yang sama juga.

Sebenarnya hamba cuba menjelaskan hakikat perjalanan diri seseorg dlm kajian sbhgn tariqat. Dlm sbhgn tariqat ini kaedah memantau si salik, si mursyid tahu di mana duduknya si salik, cuma tidak/belum diberitahu kpd si si salik. Hamba pun yg tahu sebab arwah dulu tak berahsia bab ni, anak2 murid tahu kat mana dirinya berada dan dibongkarkan masalah2 yg ada agar semua dapat mengambil manfaatnya, kecuali yg benar2 mengaibkan dll sbgmana peraturan syariat. Dlm dunia ni kan ada pdg arafah yg dah digazetkan tempatnya, tanah haram juga dah digazetkan tempatnya, masjidil haram. cuma tanah haram ni ada dua Madinan dan Mekah, yg mana org bukan islam takleh masuk. Yg dimaksudkan dlm ceghita ni tanah haram kat mekah.
Selain tempat2 ni umumnya adalah tanah halal.

elok jika tuan dapat terangkan maksud padang arafah itu pada diri.....
elok jika tuan dapat terangkan maksud tanah halal tu pada diri.....
elok jika tuan dapat terangkan maksud tanah haram tu pada diri...
kerana hal keadaan ini adalah hal keadaan diri yang berjalan.......

Yg ni nak kena tanya si arif bab2 ni kerana memang semua yg ada pada alam ada pada diri, dikiaskan oleh seorg tua akan padang arafah itu dahi dll. walahu'alam, tapi itu bukan maksud yg dituju.

Akan maksud yg dituju adalah hakikat perjalanan diri seseorg kembali kepada Tuhannya, hakikat keadaan diri yg sedang berjalan yg memang tak semua diizin dibuka olehNYA jua. Maksudnya kita tidak diizinkan mengetahui hakikat perjalanan diri semua org, yg diizinkan pula mesti bersebab, kerana ada penjaga alamnya, jadi bila nak mengetahui/memerhati keadaan perjalanan diri seseorg, kena minta izin Penjaganya yg diperintahkan Allah Taala...kalau diizinkan, baru boleh. Pentingnya hakikat perjalanan diri ini dlm membezakan mereka yg hak dan mereka yg batil. Akan sesama org tasawuf yang jelas bertasawuf tidak dirisaukan kerana yg hak akan membenarkan yg hak, tetapi ramai juga yg berselindung disebalik topeng keagamaan, dan yang ini kekadang perlu melihat keadaan perjalanan dirinya, dengan izin Allah kejujuran dan keikhlasan dlm beragama. BUkan mengatakan kita mengetahui keikhlasan seseorg itu, yg tu Allah sahaja yg mengetahui, tetapi bagi mengenal sempadan antara yg hak dan batil. dengan izin-Nya, walau ijazah berjela, berjubah dll, hakikat perjalanan diri ini panduan asas dlm mengetahui ttg hakikat seseorg.

Jika diizinkan tahu pun ttg ulamak2 dll, itu adalah rahsia, bukan boleh dibuka kpd orang awamiah. Melainkan hal si murid yg si guru diizinkan tahu. Wallahu'alam.

Yang menjadi rahsia jika membuka si fulan berada di sekian2 dan keadaannya sekian2. Di forum ini masakan dapat dibuka itu semua. Tidak tahu, tidak boleh, dan tiada kuasa.

Yang diceritakan dan dibuka utk umum adalah pengetahuan umum akan arah perjalanan diri. Dan tidak menjadi masalah bercerita pengetahuan umum agar bisa dikaitkan dgn amal syariat dan hakikat, dan ujian2 yg datang, kok bisa dibawa pada amal diri masing2.

Kalau dilihat dlm buku TH Talib Naim, itu betul2 banyak rahsia yg dibukanya kepada org awam, apatah lagi si Menteri Besar Terengganu ketika itu pun memberi kata2 di versi awalnya.

Insya-Allah yang ini dibuka sekadar pengetahuan umum, agar si salik tahu bentuk2 ujian umum yg dilalui dlm perjalanannya menuju Tuhannya. Bak dlm kajian pengurusan moden, mesti tahu di mana organisasi berada sebelum memastikan ke mana harus dituju oleh sesebuah organisasi itu. Bak Malaysia, tahu ketika ini sedang membangun, maka negara maju itu yg dituju dan perlulah tahu cabaran2 menjadi negara maju. Bak diri, tahu di mana berada dan kemana harus dituju serta cabaran/ujian yg mungkin mendatangi.

Insya-Allah moga2 tiada terbuka akan yg menjadi rahsia. Sebab itu hamba mengambil pendekatan jika si salik melayari internet sahaja, 1001 rahsia lain yg besar2 dah didedahkan oleh mereka yg lain. Di sini, takat cerita arah perjalanan diri, ia cerita umum2 sahaja.

Wassalam.

Untuk pengetahuan umum, apa yg dibuka itu adalah 2-3 lapis dari cerita sebenar. Hujungnya cerita itu tetap rahsia sehingga dibuka kepada kita. Apakah kita tidak layak mengetahui rahsia? Bergantung kepada tingkatan ilmu dan amal. Jika diizinkan NYA naik satu tingkat pada peringkat ilmu maka 1-2 rahsia sudah tidak lagi menjadi rahsia. Semuanya kurnia NYA juga.

Rahsia tetap rahsia, menjadi rahsia kepada yg tidak mengetahui. Tidak kepada yg tahu. Diizinkan dibuka maka berbukalah ia. Sebelum itu berpuasa lah kita.

Bukanlah kita ini si pencari rahsia?? Jika mencari; selak sana, selak sini, lambat laun, insyaallah, jumpa. Cara berjumpa atau terjumpa itu banyak. Cara mursyid beritahu. Cara rakan2 beritahu. Cara surf ni pun boleh jugak diketahui.

Kalau kita tidak mencari, maka rahsia akan tetap menjadi rahsia.

Ini pembuka jalan. Selebihnya kita cari. Tanya sana, tanya sini.
Baca sana, baca sini. Kaji sana, kaji sini.

Allah Maha Mengetahui. Maha Pemurah.

Alhamdulillah

Apa yang tuan QAH cuba kongsikan dengan kita adalah sistematic journey berdasarkan tilikan perjalanan pada hemat mursyid beliau (almarhum juga adalah salah seorang guru saya yang dikasihi dan cukup mangkuk hormati - al fatihah) berdasarkan futuh mursyid beliau dalam menilai kedudukan tahap rohani murid...yakni diri terperi atau ruh ruhani itu.

Sekadar umum, inilah yang dikatakan alam misal...atau dalam Al Quran dikenali sebagai Al waqiah@ peristiwa kiamat....juga dikatakan oleh syekh Suhrawardi sebagai manam....atau bahasa mudahnya "mimpi".

SAQJ dalam kitabnya menerangkan tentang jenis jenis mimpi...begitu juga dikiaskan oleh syekh suhrawardi, Imam Syaarani, Ibnu arabi dan lain lain wali besar yang betaraf mursyid.

Secara umum bagi mendekatkan faham... mangkuk bagi kepada 2 fasa:

fasa 1: perjuangan Amarah dan lawamah (dikiaskan masih di tanah halal)

Contohnya...diawal amalan zikir....(ketika ruh ruhani) ketika masih ditanah halal...(atau nafsnya masih amarah dan lawamah)...mimpi yang akan dialami ialah yang bersifat gmbaran kejahatan nafs itu...atau pergolakan nafs itu jika ditahap lawamah....

Inilah sebenarnya gambaran rohani @ diri terperi di alam misal...dimana tahap rohani kita dimisalkan dengan gambaran kondisi rohani salik itu disisi Allah....

maka pelbagai mimpi awal @ dapatan awal bagi para murid dalam menjalani riadhah zikir atau suluknya...atau jenis jenis cahaya yang dilihatkan......adalah tanda tanda tahap rohani zikir itu atau kadar jauh perjalanan roahaninya....

Biasanya seperti para masyaikh terangkan dalam kitab mereka....diawal perjalanan murid biasanya akan bermimpi ketika tidur atau "mimpi" dibawah pemikiran separa sedar (contoh dalam zikir atau twajuh)......bertemu atau berlawan dengan binatang ganas atau liar...so binatang ganas atau liar ini adalah gambaran nafsnya murid itu...contohnya babi dikaitkn dengan syahwat...kera dikaitkan dengan tamak, ular dikaiakan dengan sifat menipu dan banyak lagilah...

Secara umum..setiap jenis haiwan mewakili satu sifat kita...begitu juga dengan jenis jenis galian....pasir, batu, emas, perak, berlian, zamru...semua nya mewaklii tahap rohani para salik... Cuma, selalunya batu berharga selalunya mewakil kondisi murid ditahap mumainnah keatas...

Ini mimpi murid....manakala dari sudut pandangan tilikan guru pun camtu ler....cntohnya bila dilihat wajah atau tubuh muridnya macam babi...maka tahulah akan si arif mursyid itu yang muridnya mempunyai syahwat yang keras dan liar. Tu sebab orang mursyid ini harus bisa menjaga aib murid sebagai amanah dalam tarbiah mereka.

fasa 2:perjalanan bermula mulhimmah (bermula era tanah haram.....dikiaskan samada di makkah, madinah atau masjidil aqsa)

Cuma apabila nafs itu telah memasuki mulhimmah...maka perjalanan nya di alam misal..bermula sebagaimana yang tuan QAH terangkan...tapi inipun pada hemat tilikan arwah mursyid beliau...juga beliau sendiri dalam menhayati amanah bimbingan cara khusus mujaddidi ini

Samada murid itu sendiri merasai betul pengalaman ditanah haram....secara misal atau benar benar diri terperi itu "pergi" kesana (dialam mulki ini secara rohani)...ataupun kurang jelas...dalam waqiah @ manamnya....... namun hakikatnya pada tilikan mursyid berkaitan...itulah caranya untuk beliau melihat kedudukan tahap zikir serta muraqabah murid @ saik dibawah bimbingannya.

Untuk menjelaskan dari sudut dalil ini...arwah mursyid tuan QAH...boleh dikatakan berpegang pada ayat pertama surah isro....yakni perjalanan mikraj Nabi saw.....dengan memulakan pada dasar ayat ayat suci AQ dan hadis hadis berkaitan perjalanan haji.... langsung disambung dengnga perjalanan langit berdasrkan kisah isro mikraj baginda saw.

Ada juga mursyid @ khalifah kanan yang berkongsi dengan mangkuk akan kaedah lain...dimana kaedah tilikan rohani murid berdasarkan surah Ibrahim ayat 24 -26....

Saya ada juga guru yang "melihat" keadaan rohani muridnya sebagai "pohon pohon". Semakin sihat. besar dan tinggi pohon pohon itu (inilah indicator tahap rohani murid)....maka semakin baiklah nilai ibadah murid itu dalam mengamalkan zikir dan wirid yang telah ditalqin dan diijazah oleh guru.

Dari segi perkembangan tahap rohani murid itu bila pohon diserang angin, kemarau atau haiwan @ serangga perosak atau dilanda banjir...maka guru akan memahami akan masaalah murid atau apakah jenis halangan atau hijab yang sedanag dilalui oleh muridnya. Gitu juga jika lihat pohon telah berbunga...atau sedang berbuah...ada pula misalan serta kias akan perkembangan positif tahap rohani murid itu.

Akhir kata...apa yang mangkuk share diatas hanya sekelumit dari beribu cara yang MAHA KAYA didik para mursyid untuk melihat dan mengatur perjalanan murid mereka...

Ini baru dengan cara tilikan "melihat" pada tanda tanda dalam misal dengan dikaitan pada wujud majazi yang kita kenal di alam mulki.... serta awal alam malakut berkaitan tahap atau perjalanan rohani murid mereka......hakikatnya ini adalah sebagai special tools bagi kemudahan buat mereka dalam monitor, mendidik jemaah @ kumpulan murid...

Ada yang dengan cara "mendengar"..ada yang dengan terus merasa didalam perasaan...dan ada juga yang dapat datang didalam mimpi ketika salik tidur atau ada juga yang mempunyai @ diberi kekuatan hadir ketika "mimpi"...

bagi para khalifah tarikat naqsyabandi kholidi yang ada pengalaman membantu mursyid dalam mentawajuh atau membantu mursyid dalam membimbing murid ketika suluk...meraka akan lebih faham dan jelas akan penerangan mangkuk yang tak seberapa ini.

Cuma dalam banyak banyak cara yang pernah di"tunjukkan" pada mangkuk sebagai pengemabara yang hauskan bimbingan dan ketepatan dalam perjuangan perjalanan diri ini....semenjak dulu...mangkuk sendiri tertarik dengan cara penilikan arwah mursyid tuan QAH yang jelas dan sisitematik ini.

Akhir kata khusus buat pak ngah...bukan tak boleh dinisbahkan pada diri...eg arafah itu dahi ke...masjidil haram tu 5 latifah didada ke...dan sebagainya....TAPI ini adalah rahsia ilmu ladunni yang dikurniakan pada sang mursyid berkenaan...mana kita nak boleh fully tepatkan penerangan atau telahan.

Lain mursyid lain kaedah tilikannya....dan lain susunan perjalanannya berdasarkan rahsia dari ayat AQ mana atau hadis mana futuh itu dibukakan kepadanya. Perbezaan kaedah inilah kekayaan ilmu Allah melalui lautan Rasulullah yang tidak berpenghujung...

Segala apa yang dikongsi ini hanyalah secebis kecil dari sekelumit rahsia ilmu Allah yang kita "dapat tahu" melalui barokah para guru guru kita....dan bagi mangkuk ...ini semata mata atas barokah muryid mangkuk yang sentiasa ambil berat dan mendoakan kami para murid yang lemah ini.

Semoga ada manafaat buat diri mangkuk yang hina ini disamping manafaat buat para ikhwan BSC yang berlapang dada....dalam muzakarah ilmu kerohanian ini.

Wallahulalam.

Akan perjalanan diri itu, jika sampai ke tanah Haram, semakin kurang pengaruh saka, baka, pesaka, puaka pada dirinya utk beramal. Akan ujian jin dan syaitan (+ iblis) tetap ada sampai ke mati, cuma kadar dan darjahnya lain spt kata Perdu, diutus kolonel2 yg sesuai utk berdepan dgn si salik.

Mahu ditambah amal-amal ibadat yg sunat agar lebih cepat perjalanannya utk tiba di depan Masjidil Haram. Mula dirasai kesedapan dlm beramal kpd Tuhannya. Keinginan utk menambah solat sunat contohnya semakin ketara, tak perlu disuruh. Ditambah dgn sunat2 asas spt qabliyah dan baqdiyah, diikti dgn amalan2 sunat yg lain...kata arwah jangan lupa 'Witir' . 17 yg wajib, 2 yg sunat mahu dicampur dengan 1 drp Witir utk menjadikan ia 20 semuanya.

Moga2 terzahir sedikit demi sedikit sifat2 mahmudah pada dirinya. Moga2 yg memerhati (mak, pak, adik-beradik) akan mula nampak perubahan ada diri zahirnya. dari banyak bercakap kepada bercakap yg perlu, dari ketawa berdekah2 dikurangkan dekahnya , dr lewat mendirikan solat kpd semakin sensitif dgn masa solat dll.

Boleh ke berpatah balik ke Padang Arafah atau tanah halal??? Peraturan asasnya masih sama walau dimana ia berada, yg hak tetap hak dan yg batil tetap batil..tidak terlepas sesiapapun dr tuntutan syariat, malah dgn berpindah tempat akan mencantikkan lagi syariat itu sebenarnya. Akan mula terzahir sifat2 Muhammad pada diri si salik.

Jika boleh kekal lama di tanah haram, Insya-Allah sudah boleh tetap sedikit ia dengan awal nafsu Mutmainnah.

Akan kaedah perjalanan diri seperti ini, spt kata mangkuk , memang dibuka kpd jalan kami bagi si guru memantau perjalanan di salik, tetapi tidaklah terkhusus kpd memantau si salik saja. Akan kegunaan2 lain adalah harus seperti 'mengubat dll', barang diizinkan olehNYA. Khusus gunanya bagi yg mempunyai 'tali perhubungan', umum gunanya atas persaudaraan sesama Islam, semuanya tertakluk pada izinNya jua.

Wassalam.

Memasuki Masjidil Haram
Masuklah melalui pintu manapun asalkan kita duduk menunggu di depan pintu Baitullah. Umumnya ramai yg masuk melalui pintu BabusSalam, ada juga yg masuk melalui pintu Madinah dll.

Alhamdulillah jika sudah masuk ke dalam MasjidilHaram, tempat yg cukup mulia dlm Islam. Bagi yg sudah memasuki MasjidilHaram, perjalanan dari masuk, turun tangga ke kawasan tawaf, sehingga duduk di depan pintu Baitullah merupakan suatu perjalanan yg cukup panjang.

Pada hakikatnya mereka yg berjaya memasuki Masjidil Haram adalah mereka yg terpilih orangnya, moga2 dengan rahmat Allah orang itu orang yang soleh @ solehah. Ujian bagi mereka ini bukanlah calang2 ujian, kalau batil2 yg datang menguji bukan sebarang jenis, dari kalangan yg hebat ilmunya. Kita mungkin dikenali sbg orang yg alim, warak, ahli perubatan Islam dll. di kalangan masyarakat awam. Dari itu, awasilah diri dgn segala ujian, pujian dan penghormatan moga2 tidak menjadikan kita lupa diri. Jika kita punya anak2 murid, perlu diawasi dan dipantau penghormatan mereka pada kita, maksudnya jangan mereka mendewa2kan kita, apatah lagi dgn pelbagai gelaran dan sanjungan yg tiada pengesahan. Cukuplah Allah yg kita dambakan dan Rasul SAW yg kita junjung.

Umumnya, ujian2 tidaklah khusus menuju kpd perkara yg batil, benda yg salah, tetapi lebih kepada keinginan kita mengenal dan mentauhidkan diriNYA. Ada juga yg diuji dgn 'dunia yg melimpah ruah' lantaran kebolehan yg diberikan olehNYA. Moga2 jangan kita bertelingkah dlm hal2 dunia yg besar, tetapi menggunakannya utk jalan Allah, kerana Allah Taala.

bersambung....
Wassalam.

Salam,

Jika kita ke Masjidil Haram secara zahir dan beribadat ke sana, cuba kita perhatikan 'masalah2' kpd mereka yg sedang beribadat di dalamnya. Bukan maksudnya untuk kita mencari keaiban orang atau mencari salah orang, tetapi jika mahu memerhati dan mengkaji akan persoalan kenapa terjadi begini? Maksudnya di tempat yang suci lagi berkat, mengapa masih ada masalah2 zahir kepada mereka yg beribadat di dalamnya?

Kerapkali berlaku kecurian selipar/kasut, berebut2 tempat ibadat, bertolak2an utk mencium Hajaratul Aswad, melangkah orang tengah sujud, tidak menghormati org lain yg sedang beribadat, berebut2 dlm Hijr Ismail (dalam Baitullah tu), 'mencari duit utk menolong orang mencium Hajaratul Aswad' dan macam2 lagi. Dulu waktu ada 'tiang jin' berebut orang dari negara tertentu nak cium tiang ni. Lani dengar khabarnya tiang itu dah tiada.

Iya, setuju itulah ujian Allah Taala dan kita sbg hamba hedaklah redha dengan ujianNya. Akan tetapi mahu juga difikirkan bagaimana mengelakkan masalah2 sebegitu. Begitulah juga bagi mereka yg 'telah berada' dlm Masjidil Haram secara batinnya, tidak sunyi dari ujian.

Keseronokan berada dalam Masjidil Haram secara batin adalah 'ketenangan dan keasyikan dalam beribadat' sebagaimana diri zahir berada di sana. Sbgmana kita dengar ibu-bapa, sanak saudara, rakan taulan yg pernah menceritakan seronoknya beramal dlm Masjidil Haram secara zahir, melihat Baitullah dll, begitulah juga keseronokan beribadat jika berada secara batin. Bab seronok beribadat ni Allah sahaja yg tahu dan bagi yg merasa saja yg tahu dan faham. Konsentrasinya lebih, syahdu menghadap Allah Taala lain daripada biasa, mudah menangis jika memohon kpd Yang Esa. Bagi mereka ini, tidaklah berat mendirikan solat2 sunat melebihi biasa kerana nikmat beribadat yg diberikan dan mengerjakan ibadat2 sunat yg lain. Namun harus juga berhati2, kerana yg tepatnya ibadat itu semua dikerjakan kerana Allah Taala.

Dalam hal ini, arwah mursyid pernah berpesan 'Kalau nak ke Mekah, pastikan diri batin kamu berada di sana jua, menunggu kamu di sana, kelak zahir kamu ke sana, moga2 rahmat Allah Taala, kamu dapat menyatukan kedua2 diri ini'. Dengan bersatunya kedua2 diri ini, moga2 usaha dan perjalanan kita dlm menuju Makrifatullah akan menjadi lebih berkesan. Yg dimaksudkan dengan zahir ke sana itu adalah sama ada kerja umrah sahaja mahupun kerja haji yg akan disertai umrah.

Ujian dlm Masjidil Haram adalah penuh halus dan seni. Mungkin akan diuji dengan ujian syirik khafi dan awal syirik mukhafi. Perlu si salik berhati2 dlm apa yg ditempuhinya. Insya-Allah dgn bantuan dan doa si mursyid, dgn syafaat Nabi SAW akan membantu kita menghadapinya.

Wassalam.

Akan yg boleh tetap di dalam Masjidil Haram, Insya-Allah sudah boleh kekal dengan nafsu mutmainnah. Yg perlu adalah terus maju dari mula masuk ke dalam masjidil haram sehingga duduk menunggu di depan pintu baitullah.

Akan yg boleh duduk tetap menunggu keredhaan Allah di depan pintu Baitullah, Insya-Allah moga-moga boleh berhijrah ke maqam radhiah, menunggu dan menghadapi ujian di tahap radhiah. Bukanlah senang menghadapi ujian di maqam radhiah. Kita mengharapkan keredhaan Allah Taala, maka hendaklah kita redha dengan ujian2 dari DIA terlebih dahulu.

Mudah mulut mengatakan aku redha dengan ujian dariNya. Di tahap radhiah ini, ujian keredhaan ini datang kecil, sederhana dan besar, sekali dan berterusan, yg susah dan senang, macam2, akan DIA benar2 menguji kita adakah kita benar2 redha dengan ketentuanNYA.

Antara ujiannya adalah dibukakan pintu2 alam ghaib, ternampak kita akan perkara2 yg bakal berlaku di Loh Mahfuz. Mungkin mula2 gembira (jangan lupa bersyukur) juga dibukakan apa di Loh Mahfuz kerana ada yg boleh memberikan kita panduan dlm menghadapi sesuatu perkara. Tetapi bagaimana jika yg dibuka itu perkara yg kita tidak sukai atau menyenangi. Contohnya berita kematian yg bakal menjelma, maksudnya tidak dibuka khusus tentang tarikh dan masanya, tetapi bagaimana jika dibuka selepas ini si isteri/suami, ibu-bapa, anak2, org2 yg kita sayang akan meninggalkan kita. Macam2 yg akan kita fikir, bolehkah aku membesarkan anak2 keseorangan. Bagaimanakah aku akan menghadapinya? Mampukah aku menghadapinya. Kenapa aku diuji sebegini berat dll. Redhakah kita menerimanya? Di manakah tahap redha kita? Di mulut, di hati atau ??? Di sini tugas dan t/jawab mursyid membimbing si salik menghadapi ujian ini dgn penuh ketakwaan kerana ada kemungkinan ada yg 'perlu diubah' dan ada yg perlu diterima dengan penuh redha. Yakinlah kita bahawa kita tidak akan diuji olehNYA perkara2 yg kita tidak mampu menghadapinya.

Begitu juga dengan ujian zahir. Silih berganti ujian dan peristiwa yg menimpa kita, sakit kita yg berterusan, sakit pada anak-isteri, menghadapi masalah rezeki, kereta kena tarik, dan pelbagai lagi. Setiap perkataan, perbuatan dan kelakuan (dan hati kita) kita dlm menghadapi ujian2 ini adakah menunjukkan kita redha dengan ujianNYA.

Kita mungkin tidak tahu, tetapi jika kita benar2 menuju makrifatullah, mungkin ada ujian yg kita gagal akan berulang kembali. Maksudnya kita akan menghadapi ujian yg 'hakikatnya sama berat' berulang2 kali sehingga kita 'lulus'. Memang berat ujian di tahap radhiah, terasa aku sudah tidak mampu menghadapinya lagi Ya Tuhanku. Nak kata air mata yg mengalir dan doa, memang begitu banyak. Di sinilah sebenarnya, ujian2 itu hendak mendekatkan lagi kita dengan Tuhan Pencipta Alam. Seberat mana ujian yg datang, semakin dekat kita dengan dirinya jika kita mahu memohon pertolongan dan bantuan kepadaNYA. Duduklah kita di maqam Muhammad, 'La hau la wala....'.

Akan mereka yg berada di depan pintu Baitullah, pengenalan kepadaNYA yg kita benar2 ingini dan maksudkan. Berusahalah dengan bersungguh2, berpenat lelah, berlapar di siang hari, berjaga di malam hari, membersihkan hati dan diri, mengamalkan yg sunat dan afdal, meninggalkan yg makruh, agar kita diberikan pengenalan dariNYA. Hanya DIA yg berkuasa memperkenalkan DIRINYA kpd kita. Jangan lupa, istiqamah dlm beramal itu penting, walaupun sedikit amal kita. Maksudnya contoh kalau kita mendirikan solat hajat setiap hari satu salam memohon utk mengenal DIRINYA, maka dirikanlah solat hajat satu salam itu setiap hari, jangan berputus asa. Kalau kita masih jauh, moga2 diberi petunjukNYA apa yg harus kita lakukan utk semakin dekat dengan DIRINYA.

Di peringkat ini, tidak ada yg lebih penting dan bermakna di dunia ini melainkan pengenalan kepadaNYA. Terasa begitu tidak bersyukurnya kita sbg makhlukNYA, yg dengan rahmat dan nikmat diciptakan olehNYA, melalui kehidupan kita di dunia ini tetapi kita tidak mengenali Sang Pencipta kita . Betapa teruknya, sombongnya,,,,, aku tidak mengenali Tuhan Sekalian Alam.

,,,,


Wassalam.

gua mau tanya boleh kaa... 3.soalan.
1.apakah sebenarnya makna maqam Muhammad....?
2.apakah kita semua sekarang belum duduk maqam Muhammad...?
3.soalan ulangan masa di mustawa siapakah Nabi masa itu syeikh...?

Salam,
Aiya Laksamana Cheng Ho, sudah gaharu cendana pula....

1)Banyak tafsiran maqam Muhammad ni, yg martabat 7 ada pentafsirannya dan hamba sendiri belum habis ngaji martabat 7 tu, mana reti mahu dibicarakan, minta Cheng Ho sendirilah terangkan ataupun pass baton kat Sheikh Mangkuk.......Dalam satu kisah, Jibrail AS menceritakan tentang sejarah 'Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakhbar' kepada Muhammad SAW yg mengandungi kisah 1 malaikat dan 3 nabi. Muhammad SAW yg mendengarnya lantas menyebut 'La haulawala ....azim'. Jadilah kalimah itu ada sejarah 1 malaikat dan 4 nabi di dalamnya. Hamba ambil dan bawa pada diri yg ni sahaja.

2)Duduk maqam Muhammad?? Masing2lah, cuma hati2 saja kalau 'duduk maqam Muhammad' kerana Muhammad itu sifatnya adalah sidiq, amanah, tabligh dan fatanah. Jadi Muhammad itu bijaksana. Sebab itu walau di kala bercakap, di kala menulis emel ini, hati2 kalau mahu ngaku jahil.

3)Aiya Cheng Ho, itu 'bertemu dua anak panah, yang hampir dan lebih hampir'......

Wassalam.


Salam,

Perjalanan diri itu jalan yang lurus, 'siratal mustaqim'
Perjalanan diri itu hakikat diri
Perjalanan diri itu hijrah diri

Perjalanan diri itu daripada nafsu tercela kepada nafsu terpuji
Perjalanan diri itu daripada nafsu ammarah (pada kebanyakan orang) kepada nafsu Kamaliah (pada yg terkhusus sahaja)
Perjalanan diri itu daripada banyak dosa kepada kurang dosa
Perjalanan diri itu daripada kurang dosa kepada terhapus dosa
Perjalanan diri itu daripada terhapus dosa kepada dipeliharaNYA daripada berbuat dosa
Perjalanan diri itu daripada banyak syiriknya, kepada kurang syiriknya, kepada tiada syiriknya, tiada syirik khafi, tiada syirik mukhafi

Perjalanan diri itu daripada jahil kepada berilmu
Perjalanan diri itu daripada tidak bersolat kepada bersolat
Perjalanan diri itu daripada bersolat tidak cukup kepada cukup fardhunya
Perjalanan diri itu daripada cukup solat fardhunya kepada ditambah solat sunatnya
Perjalanan diri itu daripada tidak sempurna solatnya kepada sempurna solatnya

Perjalanan diri itu daripada Latifatul Qalbi kepada Latifatul Kullu Jasad
Perjalanan diri itu daripada tidak mengenal diri kepada mengenal diri
Perjalanan diri itu daripada mengenal diri kepada mengenal Allah Yang Esa
Perjalanan diri itu daripada mengenal Allah yang Esa kepada DIA semata2

Perjalanan diri itu berkaitan Islam
Perjalanan diri itu berkaitan Iman
Perjalanan diri itu berkaitan mikraj
Perjalanan diri itu berkaitan Ihsan

Perjalanan diri itu berkaitan di mana kita di alam barzakh kelak

Perjalanan diri itu setiap detik, masa dan ketika...

Wallahu'alam.


Salam,

Dalil perjalanan diri itu 'Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali'.

Ilmu perjalanan diri itu 'Tuntutlah ilmu dari dalam buaian sampai ke liang lahad'
Maksudnya 'menuntut ilmu dari dalam buaian' itu juga adalah ilmu memerintah diri. . Nak perintah diri sendiri kenalah kenal dulu diri....
Maksudnya 'menuntut ilmu sampai ke liang lahad' itu juga menuntut ilmu nak mati.


Ringkasnya, di Padang Arafah itu membebaskan diri dari sifat munafik dan menjadi Muslim
Ringkasnya, di Tanah Haram itu berusaha menjadi mukmin
Ringkasnya, di dlm Masjidil Haram itu moga menjadi hamba yang soleh.

Akan para Wali Allah dari darjat Nuqbak ke Ghauth, hanya DIA yang mengetahui mana tempatnya, mana mahu ditempatkan oleh NYA. Kita ni orang biasa tak perlu ambil tahu akan hal2 itu. Selidik dan teliti hal diri sendirilah cukuplah.

Wassalam.

saya amat setuju dengan Tuan QAH... tak perlu ambil tahu.... Bukan tak boleh tahu...bila ALloh nak anda tahu...anda akan tahu.

Jikapun tahu..itu kurniaNYA dan dok diam diam jaga rahsia diri sendiri. Tak perlu kecoh kabo kat orang...atau murid.

Jika anda guru dan tahu tahap murid anda.....tak perlu war warkan...jika Alloh mahukan dia di hormati atau dimuiakan disisi manusia...itu kerja ALloh.

Jika anda murid.....dan "tahu" atau "diberitahu" samada secara lisan makluman oleh guru (mesti bersebab guru bagi tau akan darjat atau tugasnya) atau mendapat "isyarat" dari Alloh..pun tak perlu digahkan....ini adalah amanat....bukan untuk bangga atau kecoh dengan kelebihan guru anda/kita.

Jika anda murid yang sudah sufi...atau wali sekalipun...sabar dalam menaggung rahsia adalah lebih utama.

Yang diatas adalah isu tahu dari sudut FUTUH kerohanian...

masaalah kita sekarang di malaysia dan umumnya kesufian diseluruh dunia...ialah kita yang moden ni dah banyak buku dan internet....jadi maklumat terlalu banyak...

Dikhuatiri akan segala dakwa dakwi...yang padahya adalah perpechan dan keretakan hai dikalangan ummat kerana mujadalah yang tak penting. Musuh kita iblis, syaitan, yahudi, nasrani dan kafir dok gelak kat kita dan cari kelemahan kita untk dilumpuhkan...

Kerana "terlalu" tahulah....berapa ramai orang/jemaah dah mengaku gurunya sultanul aulia....pemegang panji mahadi,...wali qutub dan sebagainya...

Itu tak termasuk melecehkan jemaah lain...merendahkan guru lain berbanding gurunya, memandang kecil hubungan murid lain denfan Allah dan rasul dan sebagainya...

bagi mangkuk....amat setuju dengan Tuan QAH...tak perlu ambil tahu dalam ertikata

1. ambil tahu pada diri.......agar kita tak mengejar maqam dan terselamat dari selain lillahitaala dalam menghambakan diri kepadanYA.

2. ambil tahu pada orang lain...supaya kita tak misjudge yang lahirnya penyakit di salah satu sisi ekstrem...taksub atau sangka buruk.

Wallhualam.


Dengan izin Allah, memang kita boleh tahu ttg maqam mereka. Mungkin Pak Ngah maksudkan ambil tahu ttg perjuangan mereka dlm membebaskan diri drp segala sifat terkeji dan menjadi hamba yg diredhai Allah. Kalau yg itu, memang baik utk diikut dan diamalkan. Cuma akan maqam/darjat ini, hamba bersetuju dgn Sheikh Mangkuk, kalau kita mendapat tahu pun akan maqam seseorg, termasuk dlm ujian sama ada kita boleh memegang rahsiaNYA. Lainlah kalau org itu sendiri 'sudah terpilih', mungkin maqam kita yg kita tak tahu akan dibukakan olehnya kepada kita atau 'perkongsian rahsia' antara mursyid dan anak murid.

Salam,

Perjalanan si salik dari mengenal Alif, Ba, Ta sampai Ya.
Perjalanan ahli makrifat berbalik dari Ya sampai Alif, sampai titik, sampai kosong.

Rabithah si salik dari Rabitah Zahiri bertukar ke Rabithah Rohani.
Rabithah ahli makrifat adalah dari Rabitah Rabbani kepada ....

Amalan si salik memahami dan menguasai Qalbi, Ruhi, Sirri, Khafi dan Ikhfa.
Amalan ahli makrifat mencari, meneliti dan menerokai Nafsi dan Kullu Jasad.

Wassalam.

Salam,

Jasmani juga diri
Rohani juga diri
Diri terdiri adalah diri
Diri terperi memang diri
Diri sebenar diri juga diri yang mengawasi diri
Diri empunya diri juga diri yang empunya segala diri...

Api pada kita berupa diri
Angin pada kita juga berupa diri
Air pada kita juga berwajah diri
Tanah pada kita pun juga diri

Hawa pada kita juga diri
Hawa di luar kita juga sebahagian daripada diri
Nafsu pada kita pula tingkatan2 diri
Perasaan kita termasuk dalam diri
Akal juga sebahagian daripada diri

Wassalam.

Apabila bersatu roh dan jasad, maka itulah yang dikatakan diri.
Yang dikatakan diri itu, tidak dapat dibezakan antara roh dan jasad apabila ia telah bersatu.
Jadi, bila tak dapat dibezakan, maknanya....

Pada kejadian Adam AS, bila nak ditempa lembaga dan wajah Adam, apa yg dilihat oleh Jibrail AS?


Pada kita diri terdiri itu asalnya darah, daging, tulang, urat saraf dan lain2 seangkatan dengannya. Ke mana kembalinya? masuk kubur kembali pada tanah kecuali pada yg terkhusus yg dah 'tukarkan' darah, daging, tulang, urat saraf dan lain2 yg ada pada mereka....

Salam,

Api pada kita itu paling kurang tujuh lapisannya
Angin pada kita itu paling kurang tujuh lapisannya
Air pada kita itu paling kurang tujuh lapisannya
Tanah pada kita itu paling kurang tujuh lapisannya

Antara api dan angin ada 'antaranya',
Antara angin dan air ada 'antaranya',
Antara air dan tanah ada 'antaranya'...

Badan kejap panas, kejap sejuk, camna, kaji 7 lapis api tu dan 'antara api dan angin', ada yg terlebih ke, terkurang ke...ada yg dah diperintah dek kerajaan campuran ke , ada yg dah ditinggalkan barang tah apa2 ke ...Hamba sendiri makan panadol, bodoh betul..

Wassalam.

Salam,

Diri terperi pula diri yg boleh masuk dan boleh keluar.
Kejap ada dlm diri, kejap ke sana, sini, sinun....
Waktu kita solat, dia sibuk nak merayau, dia nak pi pejabat, nak pi jalan2 cari makan, nak balik rumah, nak jumpa ini, inun, macam2...
Cuba dok solat sekali kan senang.... Jangan dok pi mana2, kita baca, dia pun baca, bukan ikut membaca, tapi sama2 membaca.

Asalnya api, angin, air, tanah.
Kembalinya menjadi yg menerima balasan di alam barzakh.
Hakikatnya adalah Adam, khalifah Allah di muka bumi.

Pecahannya, banyak sekali...
Ada yg kata boleh pecah 7, ....10, ....20....
Ada yg kata boleh pecah 40...
Tak tahu boleh pecah berapa, DIA sahaja yg tahu....


Hawa pun sekurang2nya 7 lapis, ada 'antara' antara lapisannya itu.
Hawa badan kita ni pelik sikit, tak sama macam biasa, kaji dan selidiki hawa yg berupa diri...
Nafsu makan entah apa2, semua nak balun, kena ikut perjalanan nafsu yg tujuh, mengenal setiap tingkatan nafsu dan belajar memerintah nafsu, nafsu makan ke, nafsu tidur ke, nafsu 18+ ke, dll...ilmu induk dalam mengenal diri/nafsu adalah memeritah nafsu/diri, bukan biaq jin ka, syaitan ka jadi rakan kita dlm memrintah, tu nama dia kerajaan campuran..

Perasaan kita pun sekurangnya 7 lapis, ada 'antara' antara lapisannya itu. Jadi kalau berperasaan yg tak sepatutnya, pi suka kat benda yg tak patut ke, apatah lagi pada yg makruh dan haram, kaji dan selesaikan perasaan yg berupa diri kita ini.

Akal juga berupa diri, paling kurang 7 lapis dan ada 'antara' antara lapisannya itu. Walaupun zahirnya akal (yakni otak) duduk kat atas, jangan biarkan akal menjadi raja, kelak ego sokmo akal ni. Akal harus diawasi, dikawali oleh hati yg menjadi Istana Allah. Dengan akal, kita bisa menerokai 1001 ruang ilmu, dengan akal juga kita 1001 terhijab dengan Ilahi. Dengan akal, kita tidak bisa menerokai alam ketuhanan kerana sifat akal itu sendiri yg ada limitasinya. Alam ketuhanan itu panduannya adalah ilmu.
Jadi kalau akal kita dok memikir benda2 yg kotor je ke, dok rancang benda2 yg tak baik je ke, akal yg berupa diri ni hendak dibersihkan. Akal itu harus kita programkan agar memikirkan akan mentauhidkan Allah Taala semata2 .



Bila darah, daging, tulang, urat saraf dll pada kita itu bermasalah....
Bila api, angin, air, tanah pada kita bermasalah....
Bila hawa, nafsu, perasaan, akal pada kita itu bermasalah...

Apa nak buat???

Islamkan kembali semuanya itu, 7 lapis setiap satunya itu, satu demi satu.
Jika ia sudah kembali 'Islam', Insya-Allah akan selamat ia kerana Islam itu selamat.
Bagaimana nak Islamkan semuanya itu? 2 kalimah Shahadat itulah kuncinya. Jalannya pada tariqat masing2.


Toha wrote:
Bung QAH..
secara General 7 lapis tu diri..
kasi terangkan lah apa yang tujuh lapis tu..


TQ bung


Salam,

Yg dimaksudkan 7 lapis itu pada perjalanan hamba adalah setiap i)darah, daging, tulang, urat saraf ii)api, angin, air, tanah iii)hawa, nafsu, perasaan, akal: itu semua 7 lapis. hamba gunakan istilah sekurang2nya 7 lapis kerana kajian perjalanan hamba 7 lapis, mungkin lebih sebab DIA maha mengetahui.

Macam saintis dok tengok sel2, depa kata atom tu paling halus, pakai mikroskop canggih, depa boleh 'bedah atom' tu, nampak atom pun lebih canggih dengan satu sistem yg tersendiri, kalau pakai mikroskop super canggih, mesti depa jumpa lagi, mana habis nak teroka kejadiaan
ciptaan Tuhan ni.

jadi darah itu sekurangnya 7 lapis, daging itu sekurangnya 7 lapis,.....akal itu sekurangnya 7 lapis.

Yg dimaksudkan dengan Islamkan itu, kalau boleh 'duduk' pada tauhid (yg banyak juga kategorinya) atau pada sifat maani atau pada mana yg diizinkan oleh guru mursyid pada setiap diri, duduklah pada kedudukan itu. Berilah salam pada 7 lapis darah pada diri kita, ajak kembali Islam dengan mengajak 7 lapis darah ini mengucap 2 kalimah shahadat sbgmana diri zahir kita mengucap. Maksudnya kdiri yg zahir ni nak kena juga mengucap supaya 7 lapis darah itu ikut. Kemudian ajaklah pulak 7 lapis daging, 7 lapis tulang, 7 lapis urat saraf....sampai 7 lapis akal. Setiap satu itu nak diIslamkan kembali.

Begitu juga dengan diri terdiri dan diri terperi. Kalau 'rasa' semacam je, lemah semangat ke, 'nafsu...semacam je, akal dok berjalan sana-sini tak mahu tidur ke, beri salam pada diri itu dan ajaknya mengucap kembali. Moga2 dengan izin Allah, akan beroleh pemulihan atau bertambah baik.

Yg dikatakan jalannya pada tariqat masing2 adalah 'jalan mengucapkan 2 kalimah shahadat, jalan 'La ilaha illallah' itu pada tariqat masing2 berbeza di mana mulanya (spt di pusat contohnya), di mana 'pusingnya' (seperti di kepala contohnya) dan di mana akhirnya (seperti di jantung/hati contohnya).

Pada hamba ini adalah satu drp 1001 ilmu mudah utk 'memulihkan diri' yg sesiapa boleh mengamalkannya, dengan syarat ada guru yg membimbing jalan zikirnya.

Terima kasih kerana bertanya, kalau tak tanya, hamba pun tak tahu....

Wassalam.

Salam,

7 alam berkaitan 7 martabat diri
7 petala langit, 7 petala bumi
7 lautan, 7 benua

Wali tujuh (Ashabul Khafi)
7..... yg dah pergi
7 maqam nafsu
7 latifah tariqat
7 bahagian kena tempat sujud
7 ayat pada surah yg paling utama

7 sifat maani pada mereka di maqam Khalifah
7 sifat ma'nawiyah pada mereka di darjat ...
7 puluh ribu khatam zikir

Maqam 7 beradik di Pulau Besar , eh ke situ pulak.

7 pancaindera (mata, telinga, hidung, tangan, mulut, apa lagi yg 2 tu?)
7 tempat kotoran keluar dari badan (telinga, hidung, mata, mulut, apa lagi yg 3 tu?)

Puteri Tujuh kat BSC
7 tahun wajib sekolah....
...kat Malaysia ada 7 sultan,...1 YamTuan Besar, 1 Raja jadi 9 semuanya, campur Agong jadi 10. Negara paling banyak raja dalam dunia...melalut pulak .


Sambung sikit pasai 7 ni...

7 hari kebesaran Islam yg utama

1)Awal Muharram (baru je lepas)

2)Maulid Nabi (jangan lepaskan peluang, bergasak di malamnya, kerana esoknya boleh 'caj bateri' sebab cuti umum). Rahmatnya, fahamkan maksud 'kelahiran Rasulullah' itu membawa apa?

3)Israk Mikraj (bulan Rejab; banyak rahsianya.... )

4)Nisfu Syaaban (khususnya 15 Syaaban, tetapi RSAW beramal ketiga2 malam 13, 14, dan 15 Syaaban)

5)Nuzul Quran (17 Ramadhan; kalau Nabi SAW turun Al-Quran pada baginda, kalau kita turun apa pulak? )

6)Raya Puasa (Malamnya banyak barokahnya, tapi kita dok sibuk bakar lemang, masak ketupat dan rendang, seterika baju raya, sibuk pulun makan sebab baru habih pantang takleh makan .)

7)Raya Haji (Malamnya banyak barokahnya, tapi kita buat apa pulak?)

Hari2 yg lain?
Lailatul Qadar--> ni anugerah, maksudnya, kurniaan. Akan kita yg tak kuat beramal tapi nak ganjaran lebih, tak salah mengharapkan rahmat-NYA agar dapat juga.

3 hari tasyrik --> 11,12,13 Zulhijah. Banyakkan Taubat. kalau umat Muhammad tahu rahmat 3 hari ini, neschaya depa minta cuti empat hari berturut2.

Yg lain, banyak sangat, antara 2-10 Muharram ada rahmatnya, antara 1-9 Zulhijah pun ada rahmatnya,..


Dlm sebahagian tariqat, disuruh oleh guru utk melengkapkan satu khatam zikir, yakni 70,000 La ilaha illallah utk diri sendiri.

Jika dibuat satu khatam ini dengan cukup syaratnya dan tertibnya, atas sifat pemurah Allah Taala, atas sifat pengampun Allah Taala, atas rahmat-Nya yg maha luas, bertaubat kita dan diterima taubat kita, Insya-Allah terlepas kita dari tanah halal dan mula masuk ke padang Arafah.

Dlm hadis Nabi SAW, dinukilkan satu khatam zikir itu seumpama membeli diri kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Kalau utk diri dah dibuat, elok juga dibuat satu khatam utk guru mursyid, satu khatam utk ibu kita, satu khatam utk ayah kita. Dah habis 4 khatam tu buatlah selagi hidup, berapa khatam sekalipun, niat simpan dahulu... Ada masa Insya-Allah boleh guna.



Awal agama mengenal Allah.

Nak kenal Allah, kena kenal diri sendiri dulu.

Nak kenal diri, org kata kena kenal wajah dulu.

Cuba dok diam2, pandang ke depan, nampak tak wajah sendiri di depan kita?

Kalau nampak, nampak macam mana? Adakah lengkap dan sempurna semuanya yg ada di wajah kita yg kita nampak di depan kita tu?


Wassalam.

Peringkat awal tu letak cermin depan muka, so nampak wajah kita dlm cermin tu, lepas tu angkat cermin tu, nampak lagi ke wajah kita tu???

Kalau dah diangkat cermin tu masih nampak wajah kita, nampak ke mata tu bagaimana, hidungnya sama ke, mulutnya, telinganya, rambutnya, 'tahi lalatnya' , dll. Kalau wajah sendiri pun tak dapat nak nampak depan mata sendiri, camna .

Belum tengok keseluruhan diri lagi....

Salam,
Pada sebahagian org, dengan kesungguhan, keihklasan amal ibadatnya, tauhidnya, dengan rahmat-Nya, tanpa bimbingan guru mursyid atau berada dalam jemaah tariqat pun, Insya-Allah boleh berpindah dan berada ke Padang Arafah. Mereka2 yg mengamalkan perubatan Islam yg bukan dari kalangan ahli tariqat contohnya boleh berada di Padang Arafah ni...

Jika dianugerahi kebolehan dlm mengubat, gunakan ia sebaik2nya, berhati2lah 'jangan dikomersialkan' perubatan itu. Umumya, jangan diminta bayaran perkhidmatan, lakukanlah ia mengubat itu kerana Allah Taala, sembuh atau tidak itu atas DIA, kerja kita melakonkan. Berhati2 juga dengan nama sendiri yg semakin meniti di bibir masyarakat, kelak kerja perubatan yg menjadi keutamaan, ibadah dengan Sang Pencipta dikemudiankan. Bukan senang mengimbangi antara perkara2 sebegini. Tetapi DIA pasti boleh memakhbulkan permintaan kita utk terus berjalan menujuNYA dan tidak lupa t/jawab sbg khalifah Allah di muka bumi.

Bagi mereka ahli perubatan yg tidak bertariqat, kekadang selesa di zon ini.... Di sinilah kepentingan berguru, walaupun sudah berusia...moga2 guru boleh menunjuki arah tujuan yg lebih penting. Ibarat kata seseorg kpd hamba, jangan berpuashati dengan ilmu dan amal kamu walaupun 'kamu sudah boleh menetap di dalam mahligai yg terapung2 di atas lautan yg tiada bertepi'.

Bagi mereka yg berjemaah, dalam bimbingan guru mursyid, hijrah ke Padang Arafah adalah satu kemenangan besar dlm jihad memerangi diri sendiri. Kemenangan ini adalah kemenangan pertama dlm perjalanan diri, umpama kemenangan memisahkan yg hak dan batil pada diri. Kemenangan ini pasti diikuti dengan ujian yg semakin besar. Si salik tidak harus berhenti berjalan di sini. Walaupun ketenangan dan kesyahduan beramal mula dirasai, perjalanan diri masih jauh.


Kalau dah boleh memandang wajah sendiri di depan diri sendiri, cuba pandang keseluruhan diri kita di depan kita...

Cuba pandang bagaian depan, belakang, kanan, kiri, atas, bawah....

Nampak tak kedua2 tapak tangan contohnya, parut2, tanda2 ke,,,

Jika akhir kalam dlm Islam, hakikatnya di Padang Arafah, moga2 dengan rahmat Allah, dengan syafaat RSAW, dapat sama2 'bergayut' di kelambu Baitullah bersama mereka di Tanah Haram dan Masjidil Haram ketika 'Baitullah diangkat', ketika yg lain bangkit dr kuburnya, ketika menuju dan tibanya perhimpunan di Padang Mahsyar. Wallahu'alam.

Masuk ke Padang Arafah ni adalah hijrah, hijrah dari tanah halal ke tanah yg haram. Tidaklah disyaratkan memakai ihram spt ihram haji dan umrah, tetapi 'ihram', yakni pakaian memasuki Padang Arafah adalah memakai pakaian yakni 'sifat2 terpuji', membuang pakaian sifat2 terkeji, mengamalkan yg hak meninggalkan yg haram.

Begitu juga dari Padang Arafah ke Tanah Haram, dari Tanah Haram ke dalam Masjidil Haram, dari dalam Masjidil Haram kepada menunggu keredhaan Allah di depan Baitullah, dari menunggu keredhaan Allah ke ...., semua itu adalah hijrah. Hijrah dr tempat ke tempat ini yg tidak berubahnya adalah mengamalkan yg hak, meninggalkan yg dilarang; yg berubahnya adalah tahap dan kualiti ilmu dan amal seseorg.

Perjalanan diri itu adalah hakikat perjalanan ilmu dan amal, tidak rahsia diceritakan perjalanannya dan apa yg ditempuhi sepanjang perjalanan, yg rahsia dikhabarkan adalah si fulan berada di mana2, apa masalahnya dll berkaitan si fulan2, itu antara si mursyid dan si anak murid atau antara di anak murid dengan Allah Taala.

Wassalam.


Perjalanan diri itu perjalanan diri terperi, hakikat perjalanan diri terperi, kerana diri itulah yg akan menerima amal baik dan buruknya...

Perjalanan diri itu adalah dlm izin Allah, dlm pandangan di alam atas akan perjalanan diri seseorg itu....akhirnya yg penting adalah akhir kalam sbgmana kata PakNgah....

Wassalam.

Diri terperi itu salah satu diri yg ada dlm diri kita yg 'boleh keluar dan masuk' dari/ke dalam diri kita.

Rupa dan wajahnya sama seperti diri kita yg luar ni/diri terdiri...

Asalnya dari api, angin, air, tanah, 'hakikatnya Adam'.

Tugas dan t/jawabnya mengikut perintah 'diri sebenar diri' dan menyampaikan perintah diri sebenar diri ini kepada diri terdiri. Kalau saluran antara diri sebenar diri-diri terperi-diri terdiri OK, maka diri zahir/terdiri kita ni takkan buat benda2 yg tak elok.

Ke mana perginya diri terperi ini nanti? Diri ini yg akan menanggung azab dan siksa kubur spt 'kena hukum dek malaikat' (moga dijauhkan) apabila diri terdiri (yg zahir ni) dah jadi makanan ulat, kembali kepada tanah apabila kita dikuburkan. Diri ini yg menerima rahmat di alam barzakh jua (moga kita diberikanNYA) spt kubur kita terang, diluaskan saujana memandang dll...

Diri terperi ini yg suka merayau apabila kita bersolat; bila bekerja, dia keluar pergi balik rumah, tengok isteri, suka sangat jalan ke sana-sini.

Diri terperi ini perlu dididik sehingga sampai tarafnya sbgmana diri sebenar diri (hakikatnya Muhammad). Bagaimana mendidiknya? Dengan belajar ilmu mengenal diri dan beramal dengannya dengan mana2 tariqat yg dipimpin oleh guru mursyid.

Wassalam.

Di Padang Arafah itu berusaha menjadi org Islam-Muslim
Di Tanah Haram itu berusaha menjadi org beriman - Mukmin
Di dalam Masjidil Haram itu berusaha menjadi hamba yang soleh-Solihin

Dalam kajian perjalanan hamba, tiada 'Dam' yg khusus. Dam yg kita kena adalah ujian, sakit, siksa, bala, kafarah dll. dr Allah Taala sendiri.

Memang ada 'lapisan rasa' dlm setiap tempat, yakni berbeza2 rasanya, Itu masing2 rasa, masing2 tahu. Tetapi sudah pasti yg berada dlm Masjidil Haram atau 'yg hampir/muqarabin' dengan Allah Taala itu 'lebih hebat rasanya'. Mungkin Tuan Lemah boleh buka lapisan2 rasa dlm perjalanan kajian beliau kerana beliau sendiri sudah berbelas2 tahun mengamalkannya, dan sudah.....agaknya lah

Akan had2nya Insya-Allah akan disentuh kelak...

Wassalam.

Salam,

Akan amalan di Padang Arafah itu mencukupkan dan melengkapkan yg wajib dan memperbaiki apa yg diamal
Akan amalan di Tanah Haram itu ditambah dengan melengkapkan amalan sunat2 Muhammad
Akan amalan di dlm Masjidil Haram itu menyempurnakan segala amalan

Akan perbezaan tahap amal di ketiga2 tempat tersebut terletaknya pada hati.


Udah dibicarakan perjalanan diri, maka yg penting sebelum perjalanan diri adalah mengenal diri. Hendak mengenal diri, harus tahu:

1)Apa yg dikatakan diri?
2)Berapa darjat diri?
3)Apa asal-usul diri?
4)Apa tanggungjawab diri?
5)Di mana diri itu berada?
6)Ke mana diri itu perg?

Wassalam.

Memang soklan exam pun...

Yang pertama kena tahu jawapan.
Yang kedua kena faham apa jawapan yang dah tahu tu.
Yang ketiga kena amalkan apa yg difaham.
Yang keempat kena baiki apa yg diamal.
Yang kelima kena cukupkan apa yg diamal yang udah dibaiki itu.
Yang keenam kena lengkapkan apa yang cukup itu.
Yang ketujuh kena sempurnakan apa yang lengkap itu.

Wassalam.

Apa yg dikatakan diri?

Roh juga diri, nafsu juga diri, yg dok bangun tidoq dan tidoq semua juga diri, yg keluaq-masuk juga diri, macam2 dikatakan diri. jadi yg dikatakan diri itu apa?

Yg dikatakan diri itu pada faham hamba adalah apabila 'bersatu roh dan jasad dan tidak dapat dibezakan antara kedua-duanya', maka itulah dikatakan diri. Jadi 'diri' ini wujud apabila bersatu roh dan jasad. Bila bersatu roh dan jasad? Roh dan jasad bersatu apabila roh ditiupkan ke dalam anak dlm kandungan antara 120-130 hari anak itu berada dlm kandungan (mengikut kajian dan pengalaman perjalanan hamba).

Apabila anak dlm kandungan itu sudah hidup dengan Rohnya yg tersendiri, maka wujudlah 'diri'. Jadi wujud diri itu bermula apabila bersatu roh dan jasad, tanpa roh, tiada diri, dengan jasad sahaja tidak juga dipanggil diri. Bila wujud diri, maka wujudlah nafsu, yg keluar-masuk, pelbagai nama yg diberi utk roh itu dll yg juga dikatakan diri atau sebahagian dari diri itu. Kalau tanpa roh, belum masuk roh, anak dlm kandungan itu tidak perlu dimandi, dikafan, disolat, dikebumikan spt mana org Islam yg lain.

Jadi bila masuk roh, wujud diri, jika anak itu mati dlm kandungan, maka kena laksanakan sptmana hukum syariat dah jelaskan. Sekujur tubuh anak itu akan kembali kepada tanah, tetapi dirinya telah ada, maka diri itu yg akan masuk ke alam barzakh dan tinggal di.......yg diizinkan Allah Taala sehingga sampai waktunya.

Kalau hukum2 syariat ttg anak dlm kandungan nak disandarkan pada kajian tasawuf, masuk roh dan wujud itu merupakan perkara yg paling utama. Wallahu'alam.

Wassalam.

Mengapa perlu mengenal diri?
Supaya kita dapat mengetahui dan memahami apakah ASAL USUL kita.

Jika kita sudah benar-benar memahami ASAL dan USUL kita barulah dapat kita mengetahui dan dapat mengenal akan TUHAN kita.

Apakah yang dimaksudkan dengan ASAL itu?

Apakah yang dimaksudkan dengan USUL itu?

Salam,

...kerana pada diri itu ...

...'pada diri kamu itu kenapa kamu tidak mahu melihat akan tanda2 kekuasaan dan kebesaran Allah Taala'.

Dengan mengenal diri, kita dapat melihat tanda2 kekuasaan, kebesaran dan keagungan Allah Taala.

Dengan memerhati dan mengkaji diri sendiri, kita akan melihat bagaimana indahnya dan sempurnanya ciptaan Allah taala ini.

Dengan mengenal diri, kita akan dapat 'merasa' sifat kebesaran Allah Taala.

Dengan mengenal diri, kita akan dapat melihat keluasan pemerintahan Allah Taala.

Dengan mengenal diri, kita akan dapat memahami bagaimana maha kayanya Allah Taala.

Dengan mengenal diri, kita akan dapat ....

...'pada diri kamu itu kenapa kamu tidak mahu mentadbir/memerintah'.

Dengan mengenal diri, kita dapat belajar dan akhirnya mempraktis memerintah diri kita. Kalau tak kenal diri, nak perintah diri macam mana kerana tidak kenal apa yg hendak diperintahkan itu.

Dengan mengenal diri, kita belajar memerintah api, angin, air dan tanah pada diri kita.

Dengan mengenal diri, kita belajar memerintah hawa, nafsu, perasaan dan akal ada diri kita.

Dengan mengenal diri, kita belajar bagaimana membuat 'alignment' antara diri2 kita.

Dengan mengenal diri, moga2 kita akan dapat mengenal Allah yang Esa.


Sebagai "clue" cuba lihat Tauhid Asas di namakan USULuddin.

Ada perkataan USUL di situ....

Tidak disebut ASALuddin.....

Dan USULuddin bercerita tentang apa.


Disitu ada perbezaan yang jelas antara ASAL dan USUL......

Asal dan usul ni adik-beradik .

Usul - juga difahamkan sbg yg asli, tidak salah jika difahamkan sbg asal atau mula.

Asal juga adalah pangkal, punca atau pangkal permulaan.

Kalau asal-usul tu 'origin'. Macam org putih kata depa drp beruk .

Jadi kenal diri ni boleh tahu asal-usul, maksudnya kena tahu dan faham kita ni dari mana mulanya, bagaimana proses kejadiannya, nak kena lihat balik ilmu martabat 7 , apa hakikat insan
...agaknyalah....

Saya bangkitkan issue ASAL dan USUL kerana ianya saling berkait rapat dengan perjalanan mengenal DIRI.

Man Arafa Nafsah Faqad Arafa rabbah.

Nabi bersabda : " Barangsiapa mengenal Dirinya maka sesunguhnya mengenal ia akan Tuhannya"

Kenapakah Diri disebut dahulu berbanding Tuhan.

Apakah kaitan Diri dengan Tuhan. Ianya Penuh,padat dan sarat dengan Ilmu, isyarat, simbolik dan hikmah memperihalkan Makna, maksud dan Erti ketuhanan dan makrifat.

Allah Berfirman : " Dan Pada DIRI kamu kenapa kamu tidak perhatikan"

Perjalanan mengenal DIRI hendaklah ditempuh sampai ke peringkat ASAL.

Sebelum sampai ke peringkat ASAL, hendaklah sampai ke peringkat USUL

Jika Sisalik hanya dapat sampai ke peringkat USUL sahaja tanpa dapat sampai ke pringkat ASAL
maka Sisalik tidak akan dapat mengenal tuhannya….

Buih perlu mengenal ASAL USUL buih barulah ketika itu buih dapat mengenal sebenar kenal apakah itu Lautan.

Jika buih sampai kembali kepada ASAL dan USULnya.

Barulah ketika itu buih tahu dan sedar siapa sebenarnya buih itu.

Barulah ketika itu buih sedar , buih itu tiada, yang ada hanyalah lautan….

Buih itu hanyalah menyatakan Lautan…….

Dan Buih itu adalah Lautan juga akan tetapi lautan yang berbentuk………

Wallahu A'lam

Perjalanan Mengenal DIRI itu adalah ibarat
membuka pakaiannya satu persatu hinggalah DIRI itu sudah tidak berpakaian lagi..
Pastikan DIRI itu benar-benar tidak berpakaian pada ketika itu.
Jangan duduk didalam sangkaan dikala itu akan tetapi duduklah dalam kebenaran yang haqiqi.

Itulah peringkat ASAL.
Itulah kemuncak dalam mengenal DIRI.

Salam....

Tak silap mangkuk...tuan cetusan nurani cakap tu berdasarkan hadis ni (maaf tak ingat perawi, matan lengkap dan taraf)

..tapi for the sake of muzakarah...kira bolehlah quote ...

harap nanti ada yang rajin...cari matan lengkap, perawi serta taraf...agar dapat disempurnakan apa yang cuba mangkuk kongsikan ini...

JIka apa mangkuk ulas ini selari dengn apa kenbanyakan jumhur ulama tasauf katakan...bolehlah buat pedoman..jika tidak...sila lupakan y...

"Iman itu umpama bogel, pakaiannya taqwa dan perhiasannya adalah malu"

So nak cari iman yang umpama bogel tu dulu!!! saya yakin tuan cetusan nuranni memaksudkan ini.

Pada mangkuk...iman pada maksud hadis ini...adalah kiasan khas dimana...seseorang muslim yang beriman itu...... perlu "pure dan solid tanpa ada apa apa lagi sandaran atau harapan" ibarat orang bogel yang jelas dan tiada apa yang nak atau boleh disembunyikan...tak kisah aib atau kelebihan...tiada mampu sembunyi apa apa lagi...

KIAS ini bukan sekadar asas iman yang berteraskan percaya ke yang 6 berdasarkan kepada rukun hanya ditahap bahas ilmu yang umum...tapi ini level iman pada dan dalam zuk....mangkuk yakin hadis ini lebih khusus.

selagi belum capai taraf bogel...atau kias kepada kesempurnaan... pasrah dalam tauhid (mengESAkan) setelah yakin akibat makrifah(kenal).....kita masih dalam sandaran amhupun harapan yang dinisbhkan pada wujud diri...hijab ilmu, hijab persepsi (sangka sangka), hijab wujud diri...masih ada sekalipun kita ini adalah abid mahupun alim...

Kenal diri terdiri > terperi> sebenar diri> empunya diri masih lagi proses makrifah...nak kenal kenal atau sedang belajar kenal diri diri itu...

Semakin kenal maka semakin yakin... ringkasnya yakin> ainul> haqqul.

Semakin yakin semakin tepat dan benar dalam tauhid....ringkasnya pada afaal, sifat dan kenyatan zat..

Semakin tauhid...maka semakin sedarlah lah..........."sampai laksana kta ni bogel dan tiada apa yang boleh disembunyikan dari Allah swt......serta tiada apapun yag tak berkait dengan Allah"

Maka barulah sempurna iman itu...

lepas capai tahap iman yang sempurna yang di,kiaskn pada bogel tu....baru masuk bab pkaian maca pak ngah kata....raja baju raja...jaga baju jaga...

Dah terasa bogel...baru rasa lemah dan tak berdaya...baru rasa mskin dan papa....baru rasa faqir dan hina...maka bil ras rasa kehambaan ni dak kekal ikhlas...baru layak terima pakaian dari Yang Maha Kaya lagi Maha berkuasa...

Dan hakikat pakaian sebenarnya adalah TAQWA...

dan yang mengangkat darjat orng bertaqwa...adalah sejauh mana kadar MALUnya kepada Allah...ini lah level adab yang sering dibicarakan oleh para sufi dan walioyullah dalam kitab kitab tulisan mereka......dan tahap malu yang tertinggi dikenali sebagai tawaduk....pada Allah.

Kita dok sembang adab adab dalam beramal...untuk sempurna kembali diJALAN Allah...

MALU yang membawa tawaduk adalah adab kembali kepada Allah..bukan jalan Allah...

Jika ada manafaat ulasan mangkuk ni.....fahamkanlah sebaiknya untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah....

hayatilah dengan jujur wahai ahli ilmu yang tajam akal dan luas ilmunya...atau

rasakanlah dengan nikmat wahai ahli zikir yang ikhlas serta istiqamah riadhahnya dalam ubudiyah...

Wallhualam...


assalamualaikum wbt

yang dikatakan membuka pakaian itu mengenal sebenar kenal
melepaskan dari satu hijab ke satu hijab, barulah nyata dibelakng hijab

"aku bukan sirr, aku berada di belakang sirr"

wallahua'lam[/quote]

Salam,

Di belakang sirr tu kira sirrusir ke? Ke camno?


Berapa darjat diri?

Kalau dalam Al-Quran dll sumber Islam, antara darjat2nya adalah...

Muslim, mukmin, solihin, mutaqin, mukhlisin, siddiqin....banyak yg disebut...

Khatamun nubuwwah, ulul azmi, 25 rasul, 313 rasul, 124,00 nabi pun darjat juga...

Bagi para wali, Nuqbak, Nujbak, Abdal, Autad, Akhyar, Umud, Imaman, Qutub, Ghauth....

Kalau darjat nafsu, ammarah, lawamah, mulhamah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamaliah pun sebenarnya darjat diri juga.

Nak mudahkan kefahaman:

1)Diri terdiri
2)Diri terperi
3)Diri sebenar diri
4)Diri empunya diri

Salam,

Berapa darjat diri?
Jumlah yg sebenarnya Allah Taala jua yg tahu. Guru hamba mengkategorikan kepada empat sahaja untuk memudahkan kefahaman anak murid beliau.

1)Diri terdiri - diri zahir, duduknya di luar (tubuh), dan bukannya di dalam....ada juga yg memanggil diri tajalli, kerana menyatakan ...

2)Diri terperi - diri di dalam diri terdiri. Rupa dan wajahnya sama dengan diri terdiri. Kelebihannya diri ini selain di dalam diri terdiri, ia boleh keluar dan masuk, macam nafas kita keluar masuk melalui hidung dan mulut....Bagi org biasa, diri ini selalu sangat keluar bila solat, bekerja, berangan dll. Bagi org berilmu, diri ini boleh berpecah kepada berbelas, berpuluh diri, DIA saja yg tahu jumlahnya. Hakikat diri terperi adalah Adam.

Nak tengok pecahan diri terperi ini , sila layari

Jaka tingkir"wali songo" part 3 dlm YOUTUBE

3)Diri sebenar diri - diri kita yg sebenar, duduknya di dalam sahaja tidak diluar, berlawanan dengan diri terdiri yg duduknya di luar sahaja, tidak di dalam. Diri ini diri yg bersih, suci, tidak fasik, tidak munafik, sentiasa beriman kepada-NYA. Hakikat diri ini adalah Muhammad. Dlm perjalanan hamba, mengenal diri ini dan berupaya 'menyatukan' diri ini dengan diri terperi dan diri terdiri, Insya-Allah akan diizinkan guru berpindah dari Rabitah Zahiri ke Rabitah Rohani.

4)Diri empunya diri - diri yg memiliki segala diri, yg memiliki segala2nya. DIA tidak di dalam dan tidak diluar....Mengenal-NYA adalah keutamaan kita dalam menempuhi perjalanan diri di dunia ini.

Salam,

Diri terdiri asalnya daripada darah, daging, tulang,urat saraf....

Diri terperi asalnya daripada api, angin, air, tanah...

Diri sebenar diri asalnya daripada wujud, ilmu, nur, syuhud...

Diri empunya diri itu pada namaNYA, sifat-NYA, perbuatan-NYA dan ZATNYA.

Wassalam.

Diri terdiri asalnya daripada darah, daging, tulang,urat saraf....
Termasuk dlm empat unsur di atas adalah rambut, roma, kulit dll.

Pusat pemerintahan diri terletak pada hati (kalbu)/jantung, tetapi peranan darah, daging, tulang,urat saraf juga penting kerana hati itu jadinya daripada darah, rujuk wahyu pertama. Dengan itu, pembersihan darah adalah baik kerana darah itu juga yg akan masuk dan keluar melalui jantung kelak. Pada darah itu juga terdapat sabitan penyakit2moden seperti darah tinggi dll.

Begitu juga dengan daging, tulang dan urat saraf dll yg terletak pd unsur2 ini. Unsur2 ini terdedah kepada pengaruh2 batil jika ia tidak kuat, maksudnya jika ia 'hanya Islam secara zahir' atau tidak dididik oleh pemerintahnya agar sentiasa mentauhidkan Tuhannya. Sebab itulah, antaranya diri kita akan dilihat 'hitam' oleh guru jika unsur2 ini juga tidak dibersihkan. Apatah lagi jika di bawah pengaruh batil2, ini yg mula membawa kd macam2 penyakit bagi org awamiah (bukan org khususiah). Jika2 keempat2 unsur ini Islam, sentiasa diajak 'Islam', dididik berzikir dan mentauhidkan Tuhannya, ini antara sebab yg membolehkan apabila bersolat, terasa begitu lazat, zauk dll kerana ia 'turut sama bersolat'...

Dari itu, pd sebahagian tariqat, pembersihan dan penyucian keempat2 unsur ini dll yg ada pada diri terdiri ini penting. Sebagaimana syariatnya kita hendaklah bersih, memakai pakaian yg bersih, memakan makanan yg bersih, begitulah juga dengan unsur2 ini, hendaklah bersih, selalu dibersihkan, suci dan mentauhidkan diriNYA.

Dengan rahmat Allah, bagi kita ni org biasa, org awamiah, kalau keempat2 unsur ini bersih, penyakit2 dah semakin jauh. Darah yg selalu berzikir, Insya-Allah membolehkan tekanan darahnya normal contohnya, kerana 'zikir itu fitrah'. Kalau umur dah 50 tahun, tekanan darahnya mungkin menunjukkan umur macam 25 tahun lagi....


bagaimana pula dengan kulit, rambut dan lemak?dari unsur yang mana?

Dlm perjalanan hamba, itu terangkum pada darah, daging, tulang dan urat saraf...kerana kejadian manusia itu (selepas Adam dan Hawa) daripada darah menjadi segumpal daging, kemudian tulang yg kemudiannya dibalut dengan daging ....rujuk surah al-Mukminun.

Saka baka memang drp ibu dan bapa....automatik turun kepada kita drp ibu dan bapa dek 'bercantumnya tanah dan air'....lalu menjadi darah dan daging....

Setiap org ada saka dan baka ni, hatta Nabi SAW sendiri....cuma saka-baka baginda itu sudah Islam....

Berbezanya saka-baka pada kita adalah 'kuat atau lemah'nya pengaruhnya....Yg kuat ni yg ilmu boleh turun-temurun...Yg lemah tu sebab kita 'kuat', jadi 'mereka ni terpendam' saja....

Yg jarang dibukakan adalah puaka dan pusaka,...

Wassalam.

Salam,

Yang pertamanya, dlm 1 kisah, dikatakan dari 'iblis yg meresap' ke dlm daging yg dimakan oleh Adam dan Hawa...sejak itu ia turun-temurun dalam darah dan daging anak Adam....

Keduanya, 'ditambah' oleh org2 tua yg berdamping, berkawan dengan jin2 dan yg seangkatan dengannya semasa hidupnya..ada syarat 'berkawan' dll, ada perjanjian jaga anak cucu dll, bila nak 'pergi', serah kat anak atau cucu....ada juga yg tak payah serah, 'depa pilih sendiri anak-cucu mana yg depa nak'....

Ketiganya, 'diberikan' oleh si bomoh dlm bentuk tangkal dll kepada org yg datang berubat kepadanya....Si sakit pun pakailah tangkal ni, yg hakikatnya jin2 itu yg bersamanya...

Keempatnya, tidak tahu benda ni ada/masuk, tetapi si polan beramal kalimat2 tertentu atau ayat2 tertentu utk tujuan dunia....Muka nampak berseri, tapi 'yg menyerikan muka tu' si jin dan kawan2nya...

Kelimanya, sengaja cari, dahlah ada yg turun-temurun tu dlm diri, pi cari lagi kat gua, sungai, pulau2, gunung2 dll...berlapis2lah yg ada kat diri tu, kalau yg hak dlm diri tak kuat, camna nak tolak yg batil yg berlapis2 dan bersarang tu...

Yg keenam, dihantar oleh orang2 yg hasad-dengki dll yg mengupah org2 tertentu utk menghantar...., Yg ni macam spam email, ada ja tak habis2, buang, ada balik, buang, ada balik...kena cari penampal/pendinding yg hak, yg paling baik diri sendiri yg beramal...


menurut kisah yang dapat pulak, saka baka adam yang dah di resap iblis itu dah di ganti dengan saka baka Noh yang di bersih kan, kemudian mana2 yang KUFUR ENGKAR di musnah kan dan di ganti lagi dengan yang lebih baik,

cam mana nak KENAL PASTI ni... bila sebut pasal kufur engkar ni bunyi nya agak menggerun kan jugak, kat aku laa, kat yuang lain dari aku, tak tahu pulak aku...

berbalik dari kisah SAKA BAKA ni... cam mana nak KENAL ASAL USUL SAKA BAKA ni supaya keturunan tak SASUL...

sila kan... aku ni tak reti maka nya aku bertanya...

Pandangan hamba yg jahil ni, kalau saka baka ni tak memberi mudarat, tak menyusahkan, terpendam, jangan diambil kisah sangat... Lebih baik ambil kisah utk mengenal diri dan mengenal Allah...

Kalau ia memberi mudarat, ada kesan dan pengaruh, menyusahkan, kena cari jalanlah...carilah sesiapa yg arif dlm hal ini....ramai kat Malaysia...

Nak tahu, kenal asal-usul saka baka ni, berapa lapis, dah berapa keturunan, belah mak atau ayah yg kuat, jenis2 bawaannya dll, manyak susah oohhh....itu kena cari org yg memegang pintunya.....

pendek kata masalah ni masalah ASAS, ye ker?
ASAS nya kena lah berGURU, iye ke?
atau ASAS nya main belasah je, main redah aje, ke cam mana?

siapa yang memegang :pintu" itu?
kerana pada pandangan aku, yang memegang itu WAJIB nya dari SAKA BAKA yang baik2 lagi bersih suci yang tak ada keraguan langsung terhadap nya. iye ke?

cheewah...

p/s:

apa kah benar SAKA BAKA itu boleh memberi mudarat?

apa kaitan nya dengan ayat perkataan "anak2 itu adalah umpama kain kapas yang putih bersih"......

ada kah ayat perkataan ni hanya untuk manusia yang ISLAM sahaja atau untuk semua manusia, kerana sefaham aku, semua manusia itu "sama" aje...

kisah kan, agar aku yang tak berapa nak faham ni mendekat faham sebagai kamu dan dia....



Menurut 1 kisah pula, banjir besar zaman Noh AS hanya berlaku di sekitar wilayah Arab (Iraq, Iran, dekat2 situ), rujuk kupasan Harun Yahya, penulis Turki yg bukunya banyak diterjemahkan ke dlm bahasa Melayu...

Seorg guru tu mengatakan org asli ni (di tanah Melayu dan lain2 tempat) 'golongan asal', beliau menggunakan istilah 'muslikin'...


Kalau diri terdiri bermasalah, selain penyakit, selain pengaruh yg bukan hak pada darah, daging, tulang dan urat saraf, susah juga dikesan penyakit itu jika ia berpangkal, mempengaruhi pada api, angin, air dan tanah yg ada pada diri terperi....

Badan rasa panas-sejuk, asyik meloya, jalan pinau2, nampak benda2 tah apa2....pergi klinik doktor kata takdak apa2...

Semangat itu sebahagian daripada diri terperi....

banyak kisah pengaruh saka baka yg kuat pada diri seseorg itu juga antaranya berpunca drp diri terperi org itu sudah dikuasai sepenuhnya oleh saka baka nya.

Spt kata Sheikh Mangkuk, pada ahli sufi di jalan persilatan, diri terperi itu boleh diperintah pergi berperang ke tempat2 yg jauh...

Spt yg diulas sebelumnya, perjalanan diri di tanah halal dan di tanah haram adalah hakikat perjalanan diri terperi, dan maksudnya sama spt kata Laksamana Cheng Ho, perjalanan hati...

Wassalam.

Ttg diri terperi ni, teringat satu cerita lama oleh seorg kawan yg didengarnya drp kawannya....

Kawan hamba ini bercerita yg dia diceritakan oleh kawannya....

Kawannya ini semasa kecilnya rapat dengan Atuknya....balik dr masjid, biasanya balik dengan Atuknya, tetiba suatu hari Atuknya suruh dia balik dahulu..Jadi dia pun balik dahulu....Di pertengahan jalan, dia terjumpa dengan hantu panjang/tinggi, semakin langut ke atas, semakin panjang/tinggi hantu ni...sampai tinggi sekali....'terpegun' dia melihat hantu panjang/tinggi ini....tetiba dia dengar suara Atuknya mensergah hantu panjang/tinggi ni kerana nak 'kacau budak kecil', dengan tunjukkan ketinggian/kepanjangannya itu...dan kemudiannya dia nampak Atuknya lagi besar dan tinggi, hanya sebelah kaki Atuknya sahaja yg dia nampak dari bumi ke langit, sebelah kaki Atuknya yg satu lagi dia tak nampak pun....terus hantu panjang/tinggi ni cabut lari.... .

Kisah perjalanan diri yg Ok juga utk diikuti ada dlm kisah Jaka Tingkir (cari dlm YouTube)...cari dan ikuti dr episod awal (yg lama 'added')....bagaimana seorg ahli persilatan dan kebatinan menemui jalan kesufian/ketuhanan, dibimbing oleh Sunan Kalijaga dan wali2 yg lain....yg ni Kanjeng Sunan kena tengok... . Walaupun utk komersial, banyak juga yg baik utk diambil...

Yg menarik juga 'ada kisah senjata keluar dari dalam badan si Jaka Tingkir' ni...ni kot yg Sheikh Perdu ulas ttg 'senjata keluar dr dalam tubuh badan mereka'....kot-kot...


Salam,

Asal-usul diri sebenar diri ni wujud, ilmu, nur, syuhud.

Nak dibincangkan, kena rujuk kisah Nur Allah dan Nur Muhammad, ilmu martabat 7 dll.

Dan juga telah dibuka dan dibincangkan mana yg patut oleh Tuan Cermin, Pak Ngah, Sheikh Mangkuk, Tuan Perdu dll..

Akan diri kita sendiri, antara diri terdiri dengan diri terperi ada hijabnya, antara diri terperi dengan diri sebenar diri juga ada hijabnya...

'Antara diri' ini kalau dibiarkan kosong, yg lain2 boleh bersarang....

Akan diri sebenar diri ini bersih, benar, bersifat dengan sifat Muhammad kerana hakikat diri sebenar diri pada kita adalah Muhammad. Pada mereka yg kuat pengaruh dan kesan sakanya, saka ini adalah penghadang drp kita menerima 'nasihat2' yg baik dr diri sebenar diri...

Kebiasaannya pada perjalanan si salik, kita sering menerima panduan, nasihat dll dr diri sebenar diri ini, tapi kalau kita tidak mengenal 'yang itu' datang dari diri sebenar diri, maka kita biarkan ia berlalu begitu sahaja. Kalau 'yang datang itu' dapat kita 'layan dengan baik', Insya-Allah, gerak hati, petunjuk2 dll. itu akan menjadi 'lebih kuat'....

Mengenal dan sampai pada Muhammad dlm perjalanan hamba membolehkan berpindah Rabithah dari Rabithah Zahiri ke Rabithah Rohani... . Bila sudah kenal dan sampai pada Muhammad (memakai Rabithah Rohani), Insya-Allah tidak begitu jauh lagi musyahadah kerana Muhammad itu hampir dengan Allah Taala.

Wallahu'alam.

Tembok itu penghalang bahawa 'tentang dirinya' itu tidak boleh dibuka sebarangan kepada orang ramai...

Syarat umumnya ia boleh dibuka kepada yg udah sampai, adabnya dengan izin mereka yyg diizinkan atau izin-NYA.

Hukumannya kepada mereka yg membuka tanpa izin, kalau sikit2 tu mungkin boleh 'bisu dlm tempoh tertentu', 'kena panah'....kalau berat itu macam yg dah tersurat dlm sejarah....


Kok diri empunya diri itu sudah begitu banyak dibahaskan...

Mengenal-Nya itu pada nama-Nya, perbuatan-Nya, sifat-Nya dan Zat-Nya.

DIA itu tidak datang dari mana dan tidak ke mana2, ini sudah banyak dibincangkan dlm sifat 20; tidak sama seperti diri terdiri,terperi dan sebenar diri yg ada datangnya dari mana dan ke mana mahu ditujunya.

Diri terdiri, diri terperi itu ada tanggungjawab, maksudnya ada yang ditanggung dan ada yang kena jawab nanti.

DIA itu pula pemerintah sekalian alam.

Boleh ke sekiranya Tuan QAH sndiri atau ada dari tuan-tuan hamba sekalian dapat menjelaskan lebih lanjut mengapa agaknya akan ramai yg berhenti berjalan atau tidak berpindah ke tingkat seterusnya? Andai diizin Allah, moga dapat dijadikan bekal sebagai perisai di dalam perjalanan hamba. Kerana bagi hamba.. masa dah suntuk.

Sungguh bukan darjat yang hamba kejarkan.. hanya mahu berada sehampir boleh denganNya sementara nyawa masih di badan. Hamba malu untuk memohon darjat dariNya.. siapalah hamba.. dosa banyak ibadah pon kurang.. namun tetap punya harapan memperoleh rahmatNya agar berkesempatan memperoleh iman seperti iman mereka yang paling hampir denganNya.

Salam,

1)Tuan hamba sendiri telah mempunyai jawapannya....Lihat yg di'boldkan'.

2)Kenapa berhenti berjalan?

a)Tiada bimbingan guru mursyid, jadi si empunya diri tidak tahu di mana dia berada dan tidak tahu arah mana yg ditujunya.

b)Ada bimbingan guru mursyid, tapi si empunya diri yg memilih tidak mahu berjalan, cukup dengan apa yg ada.

c)Ada bimbingan guru, tapi bukan guru mursyid, jadi jalannya tidak 'seterang jalan yg dibawa oleh guru mursyid'.

d)Leka, lalai, alpa dengan apa yg ditemui sepanjang jalan. Antaranya sibuk dengan amalan, amal ini dapat ini, amal itu dapat itu, nak ini kena amal itu, nak itu kena amal ini,....Ringkasnya kalau diri di Padang Arafah, kira dah boleh berubat sikit2 tu...Di manakah dan bagaimana kebolehan berubat itu digunakan ke jalan Allah. Apatah lagi kalau 'kenakan cajnya', mana ikhlasnya? Allah saja yg tahu. Adakah kebolehan berubat itu yg dicarinya atau apa? Antara yg melambatkan perjalanan adalah 'amalan hikmah'.

e)Pengaruh dan kesan saka, baka, pesaka dan puaka; gangguan makhluk2 halus....Kalau pengaruhnya kuat, banyak masa dihabiskan 'melayan karenah' benda2 ini...Bila pulak masa nak beramal dan ingat kepada Allah Taala. Sebab itu kalau bab perkahwinan, keturunan jatuh nombor dua penting selepas agama, sebab keturunan ni berkait dengan benda2 ni. Kalau ada guru mursyid, moga2 di bawah bimbingannya ada jalan utk mengatasi masalah ini.

f)Pengaruh dan kesan sihir...Ini melemahkan semangat, tenaga dan kekuatan kita beramal selain masa yg kita habiskan utk berubat dll...Sihir yg berupa kaca yg masuk ke dalam badan contohnya 'menyerap' darah kita, memudahkan kaki kebas dll penyakit.

g)Pokok pangkalnya pada diri kita, apa yg kita cari dalam dunia ini.

Wallahu'alam.

Awal agama mengenal Allah...Banyak juga org tasawuf yg berhenti di peringkat ini, maksudnya cukup sekadar mengenal Allah. Walaupun berhenti di peringkat 'mengenal Allah', tu dah kira cukup2 baik, amat2 baik, sungguh2 baik, kerana dlm ramai2 umat manusia, peratusan bilangan yg mengenal Allah itu tidaklah tinggi, jadi kalau dah sampai kepada mengenal Allah itu, dah terpilih dah org itu...

Akhir agama Allah mengenal Allah...dlm ramai2 yg mengenal Allah, ada segelintir kecil yg tidak berhenti berjalan, mencari hakikat ketuhanan yg sejati, hakikat ketuhanan yg hakiki, tidak cukup sampai kepada 'Alif', mahu diteruskan sampai kepada titik, sampai kepada apa sebelum titik, duduk di situ, kekal duduk di situ, sempurna duduk di situ ........ Ini adalah perjalanan ahli makrifat yg 'tidak berhenti berjalan', mereka inilah yg terpilih lagi terpilih. 'Perhentian' bagi mereka di sini adalah mati.

Itulah dua 'fasa ringkas' dlm perjalanan hamba. Namun, yg disembang2kan di BSC setakat di Fasa 1 sahaja, itupun tidak semua....


Sungguh tu tuan.Dari titik kembali ke titik.

Kita perhatikan pada kalimah pusingan maqam tahlil dalam pelajaran dan kaedah Naqsyabandiyah al Kholidi perjalanan nya begitu.
Lengkap satu tawaf.

Bagi rohani yang sentiasa masuk dalam mazkur,tawaf tahlil nya tidak pernah terhenti.

Rohani nya sentiasa dawam dalam kalimah tauhid.

Hamba ada sedikit pertanyaan, adakah gangguan saka baka ini sekadar di tahap yang sudah berada di 'padang arafah'? Mestikah habis dibuang semua saka baka yg ada baru si salik itu dapat berjalan ke tahap seterusnya?

Kerana setahu hamba, yang dibuang adalah yang datang mengganggu..

1)Sebelum masuk ke Padang Arafah, saka-baka akan mengganggu agar 'diri kita' tidak sampai ke Padang Arafah.

2)Bila sudah masuk Padang Arafah, saka-baka akan mengganggu agar 'diri kita' a)keluar dari Padang Arafah dan masuk tanah halal b)tidak berjalan ke mana-mana dan duduk di Padang Arafah sahaja.

3)Saka-baka 'turun' melalui darah-daging dan panjang sangat kalau nak cerita. Kalau saka-baka tok nenek boleh mengubat, kalau kita 'ikut cakap' saka-baka, kita pun boleh mengubat (jadi tok bomoh). Lahir seorg bayi, 99 turut serta bersamanya. Dlm 99 ni ada yg hak (wali, malaikat dan...) dan bukan hak (jin, syaitan dll). Tugas si salik adalah mengenal dirinya agar ia dapat mengenal Allah dan 99 itu dijadikan 9 sahaja, yakni yg tinggal 9 sahaja agar ia termasuk dlm darjat 9 golongan yg terpilih dan 'memiliki wajah yg 9'.

4)Perkara paling asas adalah 'beramal dan ikut jalan masing2'....jangan sibukkan sangat hal saka-baka ni, memang kerja depa ni mengganggu dll...tipu-daya syaitan itu lemah....

Wassalam.

Apa tanggungjawab diri? --> Diri terdiri

1)Syariat
2)Kerja tubuh --> kata Cheng Ho
3)Hubungan dengan Allah
4)Hubungan dengan manusia
5)Hubungan dengan makhluk2 yg lain


T/jawab diri terperi...antaranya....

....sebagai jalan penghubung antara diri sebenar diri dengan diri terdiri...kalau karan/gelombang/isyarat/nur/dll.. antara diri sebenar diri dengan diri terperi OK, dan karan/gelombang/isyarat/nur/dll... antara diri terperi dan diri terdiri juga OK, insya-Allah, apa yg datang dr diri sebenar diri akan sampai ke diri terdiri tanpa banyak masalah...

Kalau diri terdiri nak buat salah, terus ditegurnya, dinasihatinya....
kalau dah masuk waktu solat,terus diberitahunya, jangan tangguh2....
kalau hari yg baik akan tiba, diingatkannya awal2 agar membuat persiapan/persediaan...
kalau diri terdiri dah buat salah, terus dinasihatinya utk bertaubat kpd yg Maha Esa.

itu kalau 'jalan' antara diri sebenar diri dengan diri terperi sehingga ke diri terdiri OK...

Dek kerana diri terperi ini selalu keluar-masuk dr dlm diri, nak selalu dibersihkan, supaya ia kekal bersih dan boleh mengalirkan karan/gelombang/isyarat/nur/dll...dr dri sebenar diri ke diri terdiri dengan lancar....

Wallahu'alam.

Diri terperi ni juga 'boleh jadi Ultraman, kalau raksasa datang menyerang' (macam Atuk Lampir kata)....

Kalau dalam cerita Mak Lampir (anak Atuk Lampir ), diri terperi pak2 kiyai pergi menyerang orang2 Mak Lampir (yg zahir) walaupun zahir mereka (pak kiyai) sedang berkhalwat dalam bilik di tempat lain....

Sunan Kudus 'melayan' marah Jaka Tingkir dengan memecahkan diri terperinya....

Dlm peperangan sebenar, diri terperi penting kerana ia boleh digunakan utk merisik dan memporak-perandakan musuh...

Wallahu'alam.

Dari persepektif yang berbeza

Nabi s.a.w bersabda,
"Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadat". Bertafakur yang bagaimana???

"Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat". Bertafakur yang bagaimana???

"Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat". Bertafakur yang bagaimana???

Jadi...perjalanan yang satu saat dalam harian itu (lebih bermakna dari berpuluh tahun ibadat...

Perjalanan pendek yang bermanfaat lebih bermakna dari perjalanan yang panjang yang penuh dengan kelalaian..

siapa tahu...dari 50 thn amalan yang pernah kita buat..Allah Taala cuma menilai amalan kita yang 1 saat pernah kita lakukan...

Diri terperi itu juga yg akan menerima azab-siksa atau suka-gembira di alam barzakh...

...dan jasad juga ada menerima siksaannya...


Diri terdiri pun berjalan, jalan sana, jalan sini, jalan pi Tanah Arab, jalan pi Eropah, pi sinun, akhirnya mana hujung jalan diri terdiri? ....mati le, kubur...

Diri terperi pun berjalan, dari tanah halal ke tanah haram, atau sedia ada di tanah haram berjalan menuju keredhaan Tuhannya di depan pintu Baitullah dan...

Diri sebenar diri ??? asal-usul dari wujud, ilmu, nur, syuhud, jadi berjalannya dari syuhud ke nur ke ilmu ke wujud....

Wassalam.

Yang negatifnya macam mana pula??
ang negatif tetap ada pada semua...dan tak payahlah kita berserabut fahakannya kerana tiada pekdah..zkir bebanyak...terbakor le deme...dari kelompok syaitan itu.

Dengan rahmatNYA dan izinNYA...kita share sikit harini mudah mudahan ada manafaat dari segi rukun Iman yang ke 3 yakni beriman dengan malaikat. Wallhualam.

Pada diri kita ada 12 "malaikat" yang menjaga (dengan pelbagai tugasan) dan yang wajib kita tahu adalah Rakid dan A'tid....manakala yang lagi 10 tak wajib tahu...tapi kalau keal boleh perintah buat kerja untuk kita.

Namun para sufi yang kukuh dan mantap tauhidnya..."tak akan pakai" mereka...sekalipun mereka offer untuk bantu.

ketika dalam rahim ibu...ada 10 malaikat dari "specises" malaikat...nama mereka.....

setelah lahir ditambah 2 yakni Rakid dan Atid bersama 10 yang lain juga dari "species" malaikat...nama mereka...

maka disinilah bermulanya 12 malaikat yag menjaga kita...ringkasnya dari sudut hurufiah kembali kepada kalimah La Ila Ha Ilal Allah....2 dari kelompok HA, 4 dari kelompok Lam dan 4 dari kelompok Alif....

Tugasan mereka adalah tugasan rezeki...mewakili Mikail, Ilmu mewakili Jibril, nasib mewakili Izrail dan rahsia mewakili Isrofil....senang cakap mereka ini adalah tentera tentera bagi 4 ketua malaikat ini...dan para ulama mengelar meraka sebagai malaikat hafazah (sebagimana maksud hadis)...yakni "yang menjaga". Mereka inilah juga antara tugasnya untuk mengaminkan "doa" kita.

dan inilah juga yang dikatakan KHADAM malaikat....dan setiap mereka ada namanya... dan yang selalunya orang yang dizin pandang telus akan nampak yg jaga rezeki tu...

Apabila seseorang itu diangkat oleh Allah menjadi Waliyullah atau mencapai martabat Insanul Kamil...akan 10 yang ada pada semua manusia itu akan bertukar....kerana

ketika ini pada seseorang yang diangkat darjat waliyullah ini, 10 yang baru ini adalah juga dari golongan Waliyullah (dari specises manusia) yang digelar Al Muqarrrabin.

Ini kerana ketika darjat Waliyullah "species" malaikat dah tak mampu nak tanggung NUR waliyullah itu...maka hanya Wali yang mampu jaga Wali dan membimbingnya. Inilah yang dikatakan seorang manusia itu darjatnya dapat melebihi darjat malaikat...bila sudah mencapai anugerah ini.

Gelaran mereka diringkaskan dalam AL Quran sebagai Kaf HA Ya Ain Shod ha Mim Ain Sin Qaf....mereka inilah juga yang dikatakan "guru Ghaib"...dan salah seorangnya adalah Khdir sendiri manakala 9 yang lain bergantung kepada sanad memasing.

Jika seorang Aulia itu "bersebati" dengan setiap guru ghaibnya yang 10 ini dalam ubudiyah dan ubudah meraka kepada Allah dengan peranan serta tugasannya...maka Aulia itu akan "menjadi" seperti setiap dari 10 ini...da dapat berada di 10 tempat dalm masa yang sama. Inilah peringkat Ruh Sultani.

Dan setiap dari 10 "diri terperi" Aulia ini boleh pecah lagi 10...dan setiap 10 boleh pecah lgi 10 hingga 1000 wajah.

Inilh level Mursyid Kamil...yang dengan boleh mamantau muridnya di barat sedangkan beliau berada ditimur.

WaLlahualam.



Antara diri terperi dan diri terdiri, mana satu yang hamba nak kenal sebenarnya?

Dan, yang menerima azab itu diri terperi.. diri terdiri bagaimana?


Kita disuruh mengenal diri, maka kurang2nya kenallah keempat2 diri tu...

Diperbahaskan di kalangan ulamak, diri terdiri (jasad) juga menerima azabnya selain roh (diri terperi)...rujuk al-Hikam...

Apabila dibongkarkan kubur2 org Islam (nak buat jalan dll), macam2 rupa, bentuk jasad mayat yg dikuburkan, yg harusnya mengkiaskan jasad juga menerima pembalasannya...yg sebenarnya keadaan mayat itu 'menceritakan alam barzakhnya'...itu rahsia, kena tanya guru mursyid...

Apabila meninggal seog anak Adam, diri sebenar diri pulang kepada Allah Taala, diri terperi ni yg dok tengok apa yg org lakukan pada diri terdirinya (jasad), dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikuburkan. Bagi org beriman, Insya-Allah diri terperi org tu (kitalah tu) dok tengok saja apa yg dilakukan pada jasad (diri terdiri) sehingga masuk kubur, 'dia pun sama masuk kubur'...bagi yg kurang beriman, diri terperi dia dok jauh2, takut, tak mau tengok yg 'sebenarnya dia dah mati, dan jasadnya dimandi dll tu'...apabila jenazah dibawa ke kuburan, diri terperi org ni 'tertolak2 ke kubur tu walaupun dia tak mahu dan tak berdaya dia menahan tolakan2 itu sehingga masuk dlm kubur'...

Wallahu'alam. Wassalam.

Dalam Al-Quran, jin, syaitan, iblis....
Bahasa ilmu perubatan, saka, baka, pusaka, puaka...
Musuh yg zahir, batin, nyata dan juga musuh yg tersembunyi...

Wallahu'alam. Wassalam.

Yg pertamanya berbalik pada diri, sama ada bersih atau tidak....seperti yg diulas Pak Ngah...

Kalau diri tidak bersih, masih di tanah halal, yg datang walau apa nama yg dia ngaku sekalipun umumnya adalah yg bukan hak, yakni batil...yg bersih tidak akan datang kepada yg kotor...

Kalau nampak yg datang berserban, berjubah dll, ngaku Khidir dan sesiapapun, bagitau suruh buat ini, buat itu, semua yg disuruh itu zahirnya disuruh syariat seperti puasa sunat, berzikir dll, tetap ia yg batil kerana tujuan kedatangannya adalah utk menyesatkan kita pada penghujungnya. Pada peringkat ini, alam ghaib yg dibuka kpd kita adalah alam rendah, di mana makhluk-makhluk batil boleh menyerupai macam2, org alim, berjubah dll. dan itu pun yg kita nampak...seperti yg kita selalu dengar, selepas sorang tu mati (katakan namanya Pak Mat), tetiba jam 12 tgh mlm (contohnya), org yg mati tu dok tunggu depan rumah Pak Abu, nak 'kacau keluarga Pak Abu', rupa pun macam Pak Mat..maka hebohlah sekampung hantu PakMat muncul tiap2 12 tgh malam nak ganggu Pak Abu (atau org kampung)...kita pun percaya hantu PakMat bangkit kembali dan org kampung pun takut keluar malam... (Baguih juga maksiat malam pun kurang seperti yg berlaku di satu kawasan Felda)...

Hakikatnya sekurang2nya dua perkara...Yg pertama, yg menyerupai PakMat itu 'belaan PakMat' nak kacau org kampung, sebab dah tak dibela, tak dijaga dll, jadi dikacaunya org kampung...yg keduanya, mana2 jin atau syaitan ni yg berkeliaran di malam hari 'sengaja ambil tempat utk jadi PakMat' utk menakutkan manusia, so org pun pakat takut, sedangkan kita disuruh takut hanya pada Allah....

sedangkan bagi mereka yg arif, dengan izin Allah, dapat melihat bahawa hantu PakMat itu adalah sebenarnya belaan PakMat atau mana2 jin, syaitan yg ambil tempat....kalau dilakukan 'sesuatu', maka rupa2 PakMat tadi pun akan berubah ke rupanya yg asal...

Bagi mereka yg sudah melangkah ke Padang Arafah dan Tanah Haram, pengaruh jin dalam menjelma dan menyerupai org lain masih ada...

Permasalahan besar tentang perkara ini ialah bagaimana membezakan yg hak dan yg batil...Kalau yg datang itu berserban, berjubah, berjanggut, elok kelihatan tampaknya, bagaimana kita mahu memastikan yg ia yg Hak dan bukan yg batil...

Yg pertamanya adalah kita boleh memohon sendiri kepada Allah Taala...

Kalau ada guru mursyid, guru mursyid ada jalan bagaimana memastikan yg datang itu yg hak atau yg batil...Sebab itulah, dalam berjalan menuju Allah Taala, bimbingan guru mursyid itu perlu...

Yg tidak boleh diserupakan itu hanya Rasulullah SAW

Yg pasti, telah berapa banyak org yg mengaku berjumpa Khidir contohnya tetapi yg ditemuinya itu bukan Khidir....berapa ramai bomoh yg ngaku 'berkawan dengan Sheikh Abdul Qadir Jailani', tetapi syariat, akhlak dan kelakuan mereka jauh menyimpang dr RSAW.

Berapa ramai org yg berkehendakkan 'kasyaf' diberi 'kasyaf bawahan' dan 'sibuk melayan alam bawah' dan tidak ke mana2, akhirnya ...

Yg pasti, begitu ramai manusia yg ditipu oleh permainan2 batil2 di alam ghaib....

Sekadar pendapat Us Ahmad Janggut, yg mengkaji sendiri perkara ini, 90%-95% mereka2 ini adalah sesat, yakni ditipu dek jin, syaitan, iblis....

Yg pasti, DIA yg paling pasti.


adakah pengetahuan membezakan kedatangan yg haq dan batil itu hanya pada mursyid saja ??

Kalau guru mursyid, 'wajib' ada pengetahuan, ada jalan utk menghadapi perkara2 ini...Tuan MH kata ilmu mukasyafah...pada istilah hamba, ilmu pandang ghaib dan pandang terus....'yg memandang bukan kita'...

Pada khalifah kanan, dengan izin Allah ada ilmu dan pengetahuan ttg perkara2 ini...kerana khalifah kanan (dan khalifah2 itu) membantu si mursyid dlm menghadapi perkara2 ini, dan ilmu dan pengalaman2 yg ditempuhi itu menambahkan 'kematangan' si khalifah...

Ilmu dan pengetahuan ini juga ada pada sesiapa yg Allah Taala kehendaki, yg dipilih di kalangan hamba-hambaNYA. Mungkin seorg peminta sedekah, seorg pencuci masjid....

Wallahu'alam. wassalam.


Selalu diuji oleh mereka di dalam Masjidil Haram dan harus diuji oleh mereka di Padang Arafah dan Tanah Haram akan datangnya orang-orang yang bersih, yg memang bersih pakaiannya, berzikir lagi, tentang pelbagai ilmu dan amalan.... Bagaimana kita mengenal mereka yang hak ataupun batil?

Dalam peristiwa Nabi SAW Mikraj, 'banyak gangguan' yg diterima Nabi SAW sebelum baginda tiba ke Sidratul Muntaha...apakah yg boleh kita bawa utk amalan diri?

Kalau yg datang itu berzikir 'Allah, Allah, Allah'@ 'Hu Hu Hu' ataupun kalimah tauhid, adakah yg datang itu yg hak ataupun yg batil?

Dlm kisah selangkah ke pintu syurga, kita dapat melihat bagaimana, tanpa ilmu dan keikhlasan, kita masih boleh terpedaya dengan tipu muslihat iblis....

Yg di atas maksudnya antaranya ialah kalau perjalanan menuju Allah Taala, jangan sibukkan diri dengan apa yg ada di antara bumi dan Sidratul Muntaha....jangan leka dengan alam jin yg sampai ke langit ketiga, jangan leka dengan Baitul Makmur di langit ketujuh, jangan leka dengan hikmah2, kesaktian2, barang amal jadi, ....

Perjalanan menuju Allah Taala adalah dari DIA, untuk DIA, kerana DIA, segala2nya DIA...


Wassalam.

No comments:

Powered By Blogger